Wednesday, September 29, 2010

(^V^)

Hari ni..aku menunggu 1 berita...dan nasib masih menyebelahiku..walaupun berita yang ku dapat tu mampu membuatkan aku melompat tapi aku tak mampu..bukannya tak mampu tuk melompat tapi aku tak mampu tuk begitu gembira kerna kegembiraan aku ini akan membuatkan ada pihak yang bersedih..

Aku tak tahu bagaimana tuk terangkan kepada mereka tapi fahamilah dan ingatlah yang aku bukanlah seorang yang sempurna..aku juga bukan boneka..aku manusia biasa yang punya perasaan dan ada kemahuan..

Maafkanlah aku kerana terpaksa menyakiti hatimu..bukan niatku begitu dan akan ku cuba sedaya mungkin..tuk menggunakan bahasa paling lembut supaya hatimu tidak aku sakiti..Berilah aku peluang tuk menentukan hidupku sendiri..

Sunday, September 26, 2010

Air Kelapa...

Hari ni teringin je nak minum air kelapa...memang senang je nak dapat kat sini tapi aku nak minum yang dalam kelapa..bukannya yang dalam gelas..

maka..mencari2 lah aku di pantai2..ke sana ke mari dan akhirnya berjumpa juga walaupun lama giler masa aku amik tuk mencari..kat PCB juga yang berkenan di hati..bila jalan2 kat situ plak..teringin plak aku nak makan jagung bakar yang jual kat situ..tapi biasa la..tu hanya nafsu semata2..makan tak sampai suku pun..

Pape pun.hari ni..aku puas..aku hepi..ada something yang hepikan aku..walaupun tindakan aku akan melukan beberapa hati..ketahuilah..ini yang terbaik..dan jika mereka menyayangi aku.mereka akan merestui aku..

Saturday, September 25, 2010

Blacklist soya..

Sebelum ni, aku ok je ngan soya..tapi sekarang ni soya dah kene blacklist lak..pas satu..satu yang kene blacklist..sebelum ni..kari memang aku kene blacklist..

hari ni..di sebabkan aku tak tahu yang soya telah di blacklist dari hidup aku..xpasal2 aku jadi lemah..apa yang masuk pagi tadi..semuanya keluar balik..kepala pun dah pusing..kalau ikutkan hati..nak je aku balik umah..tido..rasanya dah 2minggu aku tak cam ni..biasanya.makan apa pun xde masalah..semalam..dia buat lagi..tak tahu la kali ni bape lama lak dia nak meragam..

Thursday, September 23, 2010

MeNcUbA...

Aku mencuba dan terus mencuba...
mencuba untuk menjadi insan yang lebih baik..
Lebih baik dari dulu..
cuba tuk membetulkan apa yang salah..
dalam aku mencuba..ada yang bermain di fikiranku..
adakah aku akan berjaya mengubah segalanya..
terlalu banyak yang mengganggu fikiranku..
terlalu berat untukku fikirkan..
semuanya membuat aku buntu..

Wednesday, September 22, 2010

kekadang..

kekadang..aku lupa tuk hargai apa yang aku ada..
tapi..pabila aku kehilangannya..
di saat itu aku akan tersedar yang ia berharga bagi aku..
andai aku punya magik tuk mengubah apa yang dah berlaku..
ingin sekali aku lakukan..
malangnya...aku cuma insan biasa..
aku tak mampu tuk mengubah apa yang dah berlaku..
apa yang aku mampu lakukan..
hanya berdoa..berdoa...dan terus berdoa..
semoga doaku dimakbulkan..amin...

Friday, September 17, 2010

Aku Redha....

Sejarah 9 tahun lalu berulang kembali..walaupun caranya tak sama tapi hakikatnya tetap sama..ataupun mungkin lebih berat tuk ku tanggung..9 tahun yang lalu..insan yang amat aku sayangi..meninggalkan aku tuk selamanya..dan sekarang seorang lagi insan yang aku sayang tinggalkan aku..

Walaupun berat tuk aku tempuhi..namun segalanya telah tertulis..segalanya telah tersurat dan aku tak mampu tuk mengubah apapun..walaupun begitu sukar keadaannya..aku redha..

Selamat pengantin baru..


Raya tahun ni betol2 memenatkan..tapi walaupun penat..aku hepi..raya ke 3 & 5 majlis kawin sepupuku..bertungkus lumus kitorang dalam majlis tu..dari yang kecik sampai yang besar..sume bekerjasama..Masa raya ke 3, kitorang ke Ajil tuk majlis umah pompuan..raya ke 5 plak kat umah sepupu..kat sini aku ucapkan selamat pengantin baru tuk Along & ha..semoga kekal tuk selamanya..


Tuesday, September 07, 2010

Raya..Oh..Raya

Dalam tak sedar..rupanya dah hampir sebulan puasa..dah nak raya..Persediaan raya tahun ni betul2 tak de apa..tah kenapa tak ada mood nak beraya tahun ni..baju raya pun aku tak de..tapi nasib baik ma beli..kalau tak..memang dah tak de..

Cam ni la bila hati dah tak de mood..tak de pape yang baru pun tak pe..tak g mana2 pun tak pe..harap2 raya kali ni..tak seteruk yang aku fikirkan..tapi kalau apa yang aku fikirkan terjadi..dalam keadaan terpaksa atau rela..aku tetap kene lalui semua tu..Aku harap ada yang menyokong aku..walau apa pun terjadi..

Friday, September 03, 2010

dah tak lama dah...

Sedar tak sedar..dah hampir sebulan kita berpuasa..dah nak raya pun..1 yang tak puas ati sket pose kali ni..bukan tak puas ati ape..selalu time pose..berat aku mesti turun dengan banyaknya..paling tidak pun kekal cam tu tapi kali ni..siap naik lagi..menyampahnya rasa..kalau pose pun leh naik..nanti dah raya..lagi la..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails