Tuesday, August 24, 2010

;)

Kadang-kadang terasa rindu ngan kehidupan sebelum kawin..bukannya kawin tu tak bes tapi sebelum kawin..aku leh buat apa je aku suka..aku leh makan bila-bila masa..leh tido bila-bila masa..kalau aku tak nak masak pun tak pe..paling teruk pun kene bebel 2 3 bakul ngan ma..tu je..

Sekarang ni..semuanya aku..itu aku..ini aku..cukup penat tuk hidup cam sekarang..sebelum ni aku ingatkan senang je nak uruskan semua ni..rupanya..tak semudah yang aku sangkakan..harapnya aku dapat uruskan semuanya dengan baik walaupun berat bagiku..

Thursday, August 19, 2010

Malam tadi yang amat........

Amat pilu hati ini malam tadi..aku langsung tak menjawab atau mengiyakan walau sepatah..aku hanya mendiamkan diri..kerana terlalu terkejut..tidak pernah ku sangka semua tu akan keluar dari mulut mereka..

Sebelum ini mereka hanya menghasut aku..kini mereka bukan sahaja menghasut, malah mengajar aku supaya meruntuhkan masjid yang baru aku bina..kata mereka..mereka akan menolong aku selepas semuanya selesai..

Sampai hati mereka..tak tahu kepada siapa nak ku minta pandangan..tak tahu kepada siapa ingin ku cerita..tak tahu bagaimana jalan harusku ambil..perlukah aku meninggalkan segalanya dan pergi membawa diri..jauh dari semua..

Wednesday, August 18, 2010

Aku Bukan Milikmu Lagi..

Kadang-kadang teringin aku untuk meluahkannya..ingin aku katakan aku bukan miliknya lagi..tapi aku tak sampai hati tuk cakap cam tu..akibat aku nak menjaga hati..aku yang tersepit..aku tak faham sebenarnya..memang patut aku tak faham kerna aku tak berada ditempat dia..

Susah sangat kah bagi seorang ibu tuk melepaskan anaknya??aku dah kawin...tapi tetap juga dia nak aku berada dekat ngan dia..aku pindah dekat je ngan umah pun dah kecoh 1 dunia..tension aku dibuatnya..bila cakap nak keje kat KL..terus naik angin...katanya macam2 mana pun..dia tak kan benarkan..

Tak boleh ke dia faham aku dah bukan milik dia..aku tak boleh ikut cakap dia lagi..aku tak pernah membencimu tapi jangan lah menghasut aku..sanggupkah dia melihat rumah tangga anaknya musnah hanya sebab mulutnya..tekanan yang amat berat untukku tanggung kerna keduanya orang yang aku sayang..

Tuesday, August 17, 2010

8 hari berpuasa..

Sedikit rasa terkilan aku rasakan pada puasa kali ni..sepanjang 8 hari aku berpuasa..tak pernah sekali pun aku bersahur ngan dia..buka puasa lak..aku rasa sekali or 2 kali je aku berbuka bersama..sedih pun ade terasa sebenarnya..tah bila la agaknya dapat aku bersahur bersama..berbuka bersama..teringin juga cam orang lain..

Saturday, August 14, 2010

Sambal ikan bilis...

Sejak akhir2 ni aku teringin sangat makan sambal ikan bilis..dah beli kat kedai tapi tak masuk ngan selera aku..teringin makan yang ma masak..semalam aku mintak ma masak tuk buka pose petang ni..ma dah ready nak masakkan tapi tiba2 lak si dia...emmm...rasa nak marah pun ade..rasa sedih pun ada..aku cuma teringin nak makan sambal ikan bilis ma je..tak kan tu pun salah..Aku sendiri tak faham kenapa kadang2 dia cam tu..hmmm..nampaknya tak merasa la aku sambal ikan bilis ma... :-------(

Wednesday, August 11, 2010

2nd honeymoon + working

Hepi tersangat rasanya tuk trip ni..tempat ni 1st time aku sampai..walaupun penat giler..aku tetap hepi..Dari 2hb sampai 5hb..aku dah penat giler ngan kursus..pas tu 6hb pagi2 lagi terus ke labuan..dari labuan kami ke menumbuk naik bot..rasa nak tercabut bontot aku..bagai di hentak2 kat batu je bila naik bot tu..cukup xselesa dalam bot kecik tu tapi tu pengalaman..

Sampai je menumbuk..kami naik teksi ke Kota Kinabalu..sampai je KK, terus check in..terus tido..bila bangun je..tengok jam dah kul 1 pagi..masa tu baru la nak g cari makan..Esoknya kami ke kundasang...dari hotel tu leh nampak gunung kinabalu..sejuk kawasannya..tak banyak gambar yang di rakam tuk dijadikan kenangan..tapi ada la sket..





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails