Saturday, December 10, 2011

mungkinkah??

Terlalu banyak persoalan dalam otak ni..dan aku sendiri xtahu tuk menjawabnya..tuk aku ceritakan...aku rasakan xada yang sesuai dan aku tak nak mengganggu kawan2 dengan masalahku..aku tertanya2..mungkinkah ini takdirnya?patut ke aku terima semuanya dengan sebuah senyuman sedangkan hakikatnya terlalu pahit tuk aku..Ya Allah..kau bantulah aku..berilah aku ketenangan yang dah lama aku hilang..

Saturday, September 03, 2011

...

Dah lama dah xupdate blog ni..skrg ni xde masa sgt..tmpt keje ni..selalu ada bos..so ssh sket nk online..sekarang ni masih dalam mood raya tapi raya tahun rayaku tak seronok pun..yang membuatkan aku hepi cuma puteriku je..kalau xde dia..langsung aku tak hepi..
sekarang ni..dah tak de mood nak meluahkan pape..terlalu banyak yang perlu diluahkan..sampai dah tak tahu cam mane nak meluahkan..semoga diri ini tabah menghadapi segala dugaan..aminn

Saturday, July 02, 2011

hmmm....

Hari ni..tetiba je rasa nak menulis..tak tahu apa yang nak ditulis sebenarnya..mung hati ku gelisah..dan aku tak punya tempat yang sesuai tuk luahkannya..jadi tuk tenangkan hatiku ni..aku cuba tuk coretkan sesuatu yang tak mungkin dapat ku luahkan..
Kadang2 terlalu sukar untuk kita meluahkan bila ada sesuatu yang kita rahsiakan dan terpaksa tuk merahsiakannya...terlalu sukar untukku capai..terlalu berat hatiku tuk berjauhan dan menipumu seperti yang lain lakukan..
Aku tak pasti bila saatnya akan tiba tuk aku berterus terang..semoga akan ada hari itu..ari tuk aku meleraikan segal kekusutan..

Saturday, June 11, 2011

kisah semalam...

Semalam..tiba-tiba je ma bercerita satu kisah..yang tak pernah aku tahu..dan lepas lebih setahun baru ku tahu..tak pernah ku sangka rupanya keadaannya begitu..maafkan aku kerna aku tak mengerti..dan mungkin apa yang terjadi ini ade hikmahnya..mungkin ada yang lebih baik dariku untukmu..semoga cepat-cepat dia ditemukan denganmu..

7 Jun 2011

Dalam kul 6 pagi..tiba-tiba aku tersedar dari tidur...terkejut giler aku bila aku tengok dani tido cam tu..dani meniarap..tertonggeng dia tido..cepat-cepat aku bangun..kerana terlalu hepi..abis semua orang aku g kejut..mula-mula suami aku..pas tu ma n ayah..rasa hepi sangat tengok dani cam tu..tah bila lagi la dani nak meniarap..

Monday, June 06, 2011

21 Mac 2011

Pada 21 mac 2011, jam 6.25pm..aku selamat melahirkan seorang anak perempuan yang aku beri nama ARIANA SHAMILA ADANI...syukur alhamdulillah segalanya selamat..
Bila diingat kembali saat aku melahirkan adani..malu sangat rasanya..aku menjerit macam orang gila..sakit sangat rasanya..tak tahu macam mana aku nak gambarkan..tapi bila aku dapat peluk adani..segala rasa sakit macam dah berkurangan.
ari ni..adani dah masuk 77 hari..happy sangat rasanya bila tengok dia sihat..walaupun aku penat ngan keje..pas tu nak melayan dia lagi..aku tetap rasa hepi walaupun tidurku xcukup..semoga anak mummy cepat besar & sihat selalu..sayang dani sangat..

Tuesday, February 15, 2011

36 minggu...

Terasa macam tak percaya..sekarang ni dah masuk 36 minggu..lagi 4 minggu je baby akan keluar...pas baby lahir..macam2 akan berubah..segalanya tak kan sama macam dulu lagi..aku pun tak dapt menjangka apa yang akan terjadi..segalanya berlaku sangat cepat..
Aku rasakan seakan semalam semuanya berlaku..andainya aku mampu membaiki keadaan..akan akan lakukan tapi aku tak mampu..terlalu sukar untuk aku.kadang2 bila aku fikir balik..kesian baby..dia tak salah pape..dia tak tahu pape tapi dia terkena tempias..
Andainya aku mampu tuk rahsiakan segalanya dari semua..pasti hidup ni cukup indah..andai air mata ni berhenti mengalir..pasti hidup ni akan lebih bermakna..
Semoga baby akan lahir dalam keadaan baik..semoga baby akan mengubah segalanya..

Sunday, February 06, 2011

Jangan balik lewat....

Hari ni aku terbaca 1 mesej yang ayahku hantar..dia mintak supaya aku balik awal..balik awal tuk bersalin kat sana...di saat mesej tu aku baca...air mataku tiba2 mengalir....kadang2 aku tak faham kenapa terlalu sukar untuk dia mengerti...tindakan yang dia ambil..dah membuatkan hidup aku kucar-kacir..kenapa dia tak sedar yang dia dah menyakiti aku..
Pada saat dia melayan aku begitu..aku terpaksa keraskan hati untuk membuang semuanya..andai dia sayangkan aku..tak kan mungkin dia lakukan semua tu..mungkin dia anggap semua tu tak kan menjejaskan apa2..tapi anggapan tu silap..semua tu akan menjejaskan segalanya...mungkin kerana tindakan dia pada hari tu akan menyebabkan dia kehilangan seorang anak tuk selamanya...
Aku tak pasti sampai bila semua ni akan berterusan..aku tak pasti bila luka di hati ni akan sembuh...maafkan aku...hanya itu yang mampu aku katakan..

Tuesday, February 01, 2011

No more adani...

Aku baru je balik dari klinik...baru pas tengok baby..ingatkan baby girl..aku dah siap bagi nama dah..bila cakap ngan dia pun siap panggil nama....aku teringin nak letak nama Nur Shamila Adani...pas tu nak panggil dia dani..tapi sekarang baby boy..tah nama apa la aku nak letak...
Walaupun tak dapat baby girl..aku bersyukur sebab baby aku sihat..baby aku kecik je kalau ikut cakap doktor tadi..aku rasa aku dah gemuk gile..berat aku dah naik hampir 20kg..aku ingatkan baby yang gemuk..rupanya aku yang gemuk...nanti baby keluar..aku nak diet gile2..nak balik ke berat asal balik..xmo gemuk2 cam ni..

Monday, January 31, 2011

berubah...

Kini..aku dah tak sama seperti dulu..terlalu banyak yang telah berubah sehingga kadang-kadang aku sendiri tak mengenali diriku....aku tahu perubahan ini tak sepatutnya berlaku tapi keadaan seakan memaksa aku untuk berubah menjadi diri aku yang sekarang..mungkin ini yang terbaik..
Lagi 2 bulan..seorang insan akan lahir tuk menemani aku...akan aku lakukan yang terbaik tuk pastikan dia mendapat penjagaan yang sempurna..aku tak kisah andai aku hidup susah..asalkan dia senang..aku harap aku dapat menjaga dia sebaiknya walaupun aku hanya seorang diri..insyaallah aku mampu lakukan..

Monday, January 24, 2011

kekadang...

kekadang aku rasa amat berat tuk teruskan segalanya...walaupun aku tak pernah membenci mereka tetapi aku terpaksa melayan mereka seumpama aku membenci mereka..hanya kerana kesilapan orang tua mereka..maafkan aku kerana terpaksa lakukannya..
Kekadang aku mengharapkan mereka memahami aku..bagiku tak salah untuk aku menuntut hak aku..tapi mereka hukum aku begini..hanya kerana aku inginkan hak aku..kekadang aku terfikir..inikah namanya sayang?seandainya mereka menyayangi aku..kenapa begini layanannya?
Kekadang ingin sekali aku persoalkan semuanya pada mereka tapi segalanya tak mungkin lagi..bagiku dah tak ada lagi tolak ansur...walaupun mereka akan mengatakan aku kejam..aku tak kisah..sememangnya aku kejam tapi hanya pada yang melayan aku dengan kejam..

Saturday, January 22, 2011

hidup baru..

Kini..dah terlalu jauh aku pergi...pergi tinggalkan semuanya hanya kerana mereka menyakiti aku..di saat aku mengambil keputusan itu..aku harap mereka faham kenapa ia berlaku..walaupun aku salah tapi mereka juga salah..tapi bagi mereka..mereka sentiasa betul dan hanya aku yang salah..
Aku sendiri tak pasti berapa lama lagi aku harus begini...aku harap satu masa nanti..semuanya akan ok..walaupun apa yang berlaku..aku harus tempuhinya dengan tabah kerana ini jalan yang aku pilih..Andai aku kehilangan sesuatu kerana aku ingin dapatkan sesuatu..aku harus redha...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails