Tuesday, February 15, 2011

36 minggu...

Terasa macam tak percaya..sekarang ni dah masuk 36 minggu..lagi 4 minggu je baby akan keluar...pas baby lahir..macam2 akan berubah..segalanya tak kan sama macam dulu lagi..aku pun tak dapt menjangka apa yang akan terjadi..segalanya berlaku sangat cepat..
Aku rasakan seakan semalam semuanya berlaku..andainya aku mampu membaiki keadaan..akan akan lakukan tapi aku tak mampu..terlalu sukar untuk aku.kadang2 bila aku fikir balik..kesian baby..dia tak salah pape..dia tak tahu pape tapi dia terkena tempias..
Andainya aku mampu tuk rahsiakan segalanya dari semua..pasti hidup ni cukup indah..andai air mata ni berhenti mengalir..pasti hidup ni akan lebih bermakna..
Semoga baby akan lahir dalam keadaan baik..semoga baby akan mengubah segalanya..

Sunday, February 06, 2011

Jangan balik lewat....

Hari ni aku terbaca 1 mesej yang ayahku hantar..dia mintak supaya aku balik awal..balik awal tuk bersalin kat sana...di saat mesej tu aku baca...air mataku tiba2 mengalir....kadang2 aku tak faham kenapa terlalu sukar untuk dia mengerti...tindakan yang dia ambil..dah membuatkan hidup aku kucar-kacir..kenapa dia tak sedar yang dia dah menyakiti aku..
Pada saat dia melayan aku begitu..aku terpaksa keraskan hati untuk membuang semuanya..andai dia sayangkan aku..tak kan mungkin dia lakukan semua tu..mungkin dia anggap semua tu tak kan menjejaskan apa2..tapi anggapan tu silap..semua tu akan menjejaskan segalanya...mungkin kerana tindakan dia pada hari tu akan menyebabkan dia kehilangan seorang anak tuk selamanya...
Aku tak pasti sampai bila semua ni akan berterusan..aku tak pasti bila luka di hati ni akan sembuh...maafkan aku...hanya itu yang mampu aku katakan..

Tuesday, February 01, 2011

No more adani...

Aku baru je balik dari klinik...baru pas tengok baby..ingatkan baby girl..aku dah siap bagi nama dah..bila cakap ngan dia pun siap panggil nama....aku teringin nak letak nama Nur Shamila Adani...pas tu nak panggil dia dani..tapi sekarang baby boy..tah nama apa la aku nak letak...
Walaupun tak dapat baby girl..aku bersyukur sebab baby aku sihat..baby aku kecik je kalau ikut cakap doktor tadi..aku rasa aku dah gemuk gile..berat aku dah naik hampir 20kg..aku ingatkan baby yang gemuk..rupanya aku yang gemuk...nanti baby keluar..aku nak diet gile2..nak balik ke berat asal balik..xmo gemuk2 cam ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails