Wednesday, December 30, 2009

30 dec 2001

Pada tarikh hari ini di tahun 2001 iaitu lapan tahun yang lalu..satu kejadian yang langsung aku tak duga berlaku dalam keluargaku..begitu hebat rasanya apa yang menimpa keluarga kami..Tak pernah kami minta semuanya terjadi sehinggakan atukku berkata "kenapa la aku yang dah lama hidup masih lagi hidup dan dia yang masih muda..meninggalkan kita semua"..semuanya bersedih kerana dia lah yang pertama dalam keluargaku yang meninggalkan kami..
Tak pernah ku duga..kemalangan yang tak seteruk mana itu telah meragut nyawa satu-satunya abangku..Kejadian itu masih segar dalam ingatanku walaupun telah 8 tahun berlalu..Abangku keluar bersama sepupuku selepas menonton berita di tv 3..lebih kurang sejam dia keluar dan tiba-tiba datang kawan-kawan abangku yang mengatakan abangku kemalangan dan dah dibawa ke hospital..
Apabila kami sekeluarga ke hospital..aku melihat abangku terbaring di katil dengan bantuan oksigen..begitu sengsara melihatnya dalam keadaan begitu..selepas pemeriksaan doktor..keluargaku mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan yang mengambil masa selama 4jam yang berlangsung dari jam 2.15pagi hingga 6.15 pagi..dengan tabah kami sekeluarga menunggu di depan bilik pembedahan.
Setelah segalanya selesai..abang dibawa ke wad ICU untuk rawatan seterusnya..Abang hanya menggerakkan tangan sahaja..dia langsung tak memberikan respon yang lain..setelah berbincang..pihak doktor memutuskan untuk melakukan sekali lagi pembedahan untuk membuang tempurung kepada kedua..tapi sebelum pembedahan dilakukan..abang haruslah di x-ray terlebih dahulu..pabila mendapat keputusan x-ray..doktor mendapati otak abang dah tak lagi berfungsi..dengan kata lain otak abang dah mati..pembedahan yang dirancang telah dibatalkan...
Doktor memberitahu jangkaan yang akan berlaku pada abang..kalau abang sedarkan diri sekali pun..abang mungkin akan lumpuh dan kalau abang boleh bejalan..abang mungkin tidak lagi normal..jadi ibuku membuat keputusan yang terlalu berat untuk dilakukan oleh seirang ibu..ibu meminta doktor hanya memberikan abang bantuan oksigen sahaja tanpa memberikan bantuan mesin lagi..selepas 3 jam bantuan mesin diberhentikan..Pada jam 5.22 petang, abang menghembuskan nafasnya yang terakhir di wad Delima di HUSM..
Selepas itu..abang segera diuruskan untuk dikebumikan..dan pada jam 10 lebih..abang dikebumikan di tanah perkuburan dekat rumahku...itu lah kali terakhir aku melihat abangku..Aku berdoa abangku akan dirahmati disana..Al-Fatihah ku sedekahkan untukmu abang tersayang..

Tuesday, December 29, 2009

tahun baru...

Lagi beberapa hari je 2009 akan menjadi kenangan..dan 2010 akan muncul...terlalu banyak kenangan dan pengalaman yang aku peroleh sepanjang hidupku di tahun ini...ada yang sedih..ada yang membuatkan aku gembira...apa pun..semuanya akanku jadikan pengajaran agar aku dapat tempuhi hidup yang akan datang dengan lebih tenang dan tabah...aku harap bila mulanya tahun baru..aku akan dapat mulakan hidup baru sekali lagi tanpa ada kenangan lalu yang menjelma dalam ingatan..walaupun apa yang terjadi adalah kenangan indah dalam hidupku...namun ia tetap satu kesilapan yang terlalu besar yang telah aku lakukan..jadi terpaksalah aku kuburkan ia..

Saturday, December 26, 2009

semalam yang indah..

Aku selalu berharap hari semalam akan sentiasa datang dalam hidupku ini...dengan adanya hari-hari seperti semalam..hariku akan sentiasa indah..pendek kata aku hepi sangat semalam..Petang semalam..sememangnya aku bercadang untuk keluar bersama shamil tapi tiba-tiba semuanya cancel disebabkan ada yang tak bagi aku keluar..huh..bosan betol dapat keluarga yang cam ni..
Tapi nasib aku tak begitu malang..tiba-tiba shamil datang dengan sepupuku..dan aku terus bersiap dan bawa dorang jalan-jalan tanpa bagitahu sape-sape pun..kitorang ke pantai kemayam..dekat je ngan rumah aku..hepi betol dia bila sampai..terus ke taman permainan yang penuh ngan orang..
Masa kitorang tengah main-main kat taman tu..berlaku la perebutan tempat mainan antara shamil dan sorang budak..bila shamil yang dapat duduk atas benda tu..budak tu pandang cam tak puas ati je..pas tu terus si shamil tampar budak tu..pas tu..baru je aku pegang tangan shamil nak suruh dia mintak maaf ngan budak tu..budak tu pulak cakar muka shamil..aduhh..rasa nak je marah budak tu tapi nasib baik aku ingat yang salahnya shamil..kalau tak..ada gak free-fre kene marah ngan aku..
Tapi yang pentingnya..aku hepi sangat pabila dia pandang je aku dan senyum dan peluk aku..sayang teramat sangat kat dia..



Wednesday, December 23, 2009

hepi day..

Hari ni permulaan hariku bermula dengan begitu indah sekali..Aku tak menyangka semua ini akan berlaku..Pagi tadi sedang aku masih lena tidur di bilikku yang sedikit kemas..ada satu ketukan yang menggegarkan pagiku..aku dengan geramnye menjerit "dah bangun la..."beberapa kali aku menjerit..tapi ketukan tak juga berhenti..geram rasanya..
Bila aku buka je pintu..rupa-rupanya..my shamil...amirul shamil adam yang kat depan pintu..alahai..so swit shamil sayang ni..dah pandai cakap dah...pas salam dan cium aku..dia menjauhi aku seperti biasa..dia masih tak biasa dengan aku..nanti ok la..rindu sangat ngan dia...comel...
Petang nanti nak bawa dia g jalan-jalan..nak g banyak tempat ngan dia..nak cipta memori indah ngan dia..sayang la kat shamil...

Tuesday, December 22, 2009

tension..tension...

Aku selalu sangat berdepan ngan keadaan cam ni..tension tol rasanya..Asal ada je masalah yang datang..sume letak kat kepala aku..cam la aku ni bagus sangat tuk settle kan sume bende..

Pagi ni wife bos aku wat hal lagi..ari ni dia ingat aku ni orang TNB agaknye..Bila kedai dia tak de karen..terus je naik atas lapor kat aku..rasa nak je tanye.."kak..akak ingat bila akak bagitahu saya..karen tu ada balik cam tu je ke?"...cuba la fikir sikit...

Rasanya dia ada lagi banyak pengalaman dari aku...dia dah lama keje..jadi takkan la bende kecik pun nak repot kat aku..aduhhh..tension..nak marah tak boleh..marah cam ne pun tetap kene senyum..tu yang makin tension...

Tension tol bila bos dok dekat ngan tempat keje..bila la sume ni nak berakhir...tension.....

Wednesday, December 16, 2009

cinta...

Aku terasa seperti ingin untuk bercinta..seperti ingin tuk dicintai tetapi aku masih tidak mampu untuk menghadapi segala kemungkinan..Aku takut dia tak dapat menerima aku seadanya aku..aku takut ditinggalkan..aku takut keluargaku tidak merestui aku sekali lagi..aku tak sanggup terluka lagi..cukuplah sekali dalam hidupku..

Terasa amat derita bila kita terpaksa meninggalkan orang yang kita sayang untuk keluarga yang telah banyak berkorban..Kini walau apa pun yang terjadi akan aku dahulukan keluarga dalam apa jua keadaan..walaupun hatiku terluka..aku sanggup..andai segala kedukaan ini dapat membalas segala kesalahanku padamu..aku pasrah..tapi kesabaranku tetap ada batasnya..

Tuesday, December 08, 2009

alhamdulillah...

Alhamdulillah ku panjatkan padaNya pabila aku tahu kejadian yang berlaku di KB mall beberapa hari lepas..Aku yang ketika itu juga berada di KB Mall dan juga sempat melihat kereta tersebut ditolak oleh seorang lelaki dan seorang perempuan..
Pabila aku selesai membeli belah bersama kawan-kawanku..kami berpecah kerana aku meletakkan keretaku dibahagian atas dan mereka meletakkan kereta di bahagian bawah..Sebenarnya aku ingin menggunakan eskulator untuk naik keatas kerana aku takut menaiki lif..tapi memandangkan kawanku ingin menaiki lif..jadi aku ikut je mereka..dan kerana itulah aku panjatkan berjuta kesyukuran kepadaNya...
Andai aku menaiki eskulator pada waktu itu..ada kemungkinan bahawa mangsa di Kb Mall pada hari kejadian adalah aku...Syukur Alhamdulillah sekali lagi aku ucapkan..Betapa berdebar hatiku pabila kawanku menelefonku dan bertanya keselamatan aku..Terima kasih juga kepada kawanku kerana mengambil berat tentangku..
Kepada keluarga mangsa kejadian aku ucapkan takziah..

Thursday, December 03, 2009

aku tak faham kenapa..

Hari ini hariku bermula dengan rasa yang tak bes..Orang kata bila permulaan hari kita tak ok..sepanjang hari tu memang akan jadi tak ok..betol gak rasanya..sekarang ni aku rasa macam nak je marah sume orang..tah kenapa tah..
Aku rasa apa yang jadi pagi tadi sepatutnya tak kan mengganggu mood aku tapi tak pasal-pasal plak mood aku tak ok sebab die..aduuuh..panas tol rasa kat hati ni..yang aku peliknya tak sepatutnya aku marah or geram ngan die..apa yang berlaku hak dia dan yang paling penting dia tak pernah ada kaitan dengan aku..so tak perlu aku nak kisah sepatutnya tapi kenapa aku jadi geram dan marah ngan die...
Sekarang ni aku patut wat cam biasa je..macam tak ada apa yang berlaku..relex...masalahnya boleh ke?andaikan je boleh..

Wednesday, December 02, 2009

hari yang malang...

Tadi aku tak terfikir kenapa aku tiba-tiba saja teringatkan cite aku jatuh depan penjual masa nak angkat tong gas...Sekarang aku tahu jawapannya..Ruapanya tu petanda yang aku akan jatuh lagi sekali hari ni..Kali ni jatuh depan member..atas jalan raya lak tu..dah la sakit..luka plak kaki aku..tapi bezanya kali ni aku tak de la malu sangat sebab aku jatuh depan orang yang aku kenali..
Tapi yang tak tahan tu buka je pintu kereta terus je aku jatuh tersimpuh..nasib tak tersepit kat pintu kereta..kalau tak..tak tau la jado apa plak kali ni..
Asal la ari ni aku asyik terfikir pasal jatuh je..aku tak harap yang aku akan jatuh lagi..Bila fikir balik..nasib baik aku tak pakai baju kurung ari ni..kalau tak mesti ada tanda 50sen kat lutut aku nanti..Sekarang ni cuma lebam je dan kat kaki je yang luka..kenangan betol...aduuuh..kenangan di melawi...indah sungguh....

kenangan lalu..

Pabila aku bangun dari tidur pagi tadi..tiba-tiba saja aku teringat kisah lucuku...Ada sesuatu yang mengingatkan aku pada kejadian itu..Hari ini hujan turun dengan lebat sekali dan seperti kebiasaannya..atap rumahku bocor dan air hujan akan jatuh ke lantai..Pabila aku terpijak air hujan tersebut..aku pun teringat kisahku yang berlaku tahun lepas..
Pada hari tu..dalam pukul 11 tengahari..aku masih dibuai mimpi..sedang aku asyik tidur..tiba-tiba aku dengar bunyi loceng rumahku..aku yang masih mamai membuka pintu rumahku..aku ingatkan sape la yang datang..rupanya orang yang datang tuk menukar tong gas kat dapur..aku pun terus ke dapur dan mengangkat tong gas yang sudah kosong tuk ditukarkan..
Dari dapur aku mengangkat tong gas tersebut..sampai je ke ruangtamu..aku tergelincir disebabkan air hujan..aduuuh..sakit betol..nasib aku masih baik sebab tong gas hanya jatuh disebelah aku je..kalau tong tu jatuh atas aku..agaknya dah jadi lempeng aku ni..tapi yang lucunya..aku seperti orang lain juga..walaupun aku sakit bila jatuh..sakitku tiba-tiba hilang disebabkan malu kat penjual yang menunggu kat luar..dia yang keciankan aku pun datang menolongku yang masih dalam keadaan sakit dan malu ni..hahhaha..tapi dengan selamber aku menjawab "tak sakit pun..sikit je jatuh ni..biasa je" bila dia bertanya..

Tuesday, December 01, 2009

indahnya hidup ini andai aku dicintai...

Mungkin hidupku akan berubah bila aku dilamun cinta sekali lagi?Tak mungkin akan ada siapa pun yang mampu menjawab soalan ini..Sepatutnya aku ajukan solan ini dulu sebelum aku bertanya solan tadi....Mungkinkah akan aku buka pintu hatiku sekali lagi untuk dicintai?mungkin tidak..cukuplah hatiku merana kerana cinta..semua lelaki sama saja..tak ada bezanya..
Mungkinkah aku akan hidup begini sampai bila-bila..mungkinkah aku akan sendiri tanpa sesiapa yang akan menemani hidupku ini..Aku redha dengan ketentuanNya..mungkin ada hikmah disebalik nya yang aku sendiri tak dapat mengagaknya..
kini aku tak pasti bilakah akan aku buka pintu hatiku untuk insan yang bernama lelaki..Mungkinkah aku akan mempermainkan perasaan lelaki seperti mereka mempermainkan perasaanku juga..Aku berharap aku tak kan sekali lagi melakukan kesilapan yang sama tuk kali ketiga..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails