Monday, January 31, 2011

berubah...

Kini..aku dah tak sama seperti dulu..terlalu banyak yang telah berubah sehingga kadang-kadang aku sendiri tak mengenali diriku....aku tahu perubahan ini tak sepatutnya berlaku tapi keadaan seakan memaksa aku untuk berubah menjadi diri aku yang sekarang..mungkin ini yang terbaik..
Lagi 2 bulan..seorang insan akan lahir tuk menemani aku...akan aku lakukan yang terbaik tuk pastikan dia mendapat penjagaan yang sempurna..aku tak kisah andai aku hidup susah..asalkan dia senang..aku harap aku dapat menjaga dia sebaiknya walaupun aku hanya seorang diri..insyaallah aku mampu lakukan..

Monday, January 24, 2011

kekadang...

kekadang aku rasa amat berat tuk teruskan segalanya...walaupun aku tak pernah membenci mereka tetapi aku terpaksa melayan mereka seumpama aku membenci mereka..hanya kerana kesilapan orang tua mereka..maafkan aku kerana terpaksa lakukannya..
Kekadang aku mengharapkan mereka memahami aku..bagiku tak salah untuk aku menuntut hak aku..tapi mereka hukum aku begini..hanya kerana aku inginkan hak aku..kekadang aku terfikir..inikah namanya sayang?seandainya mereka menyayangi aku..kenapa begini layanannya?
Kekadang ingin sekali aku persoalkan semuanya pada mereka tapi segalanya tak mungkin lagi..bagiku dah tak ada lagi tolak ansur...walaupun mereka akan mengatakan aku kejam..aku tak kisah..sememangnya aku kejam tapi hanya pada yang melayan aku dengan kejam..

Saturday, January 22, 2011

hidup baru..

Kini..dah terlalu jauh aku pergi...pergi tinggalkan semuanya hanya kerana mereka menyakiti aku..di saat aku mengambil keputusan itu..aku harap mereka faham kenapa ia berlaku..walaupun aku salah tapi mereka juga salah..tapi bagi mereka..mereka sentiasa betul dan hanya aku yang salah..
Aku sendiri tak pasti berapa lama lagi aku harus begini...aku harap satu masa nanti..semuanya akan ok..walaupun apa yang berlaku..aku harus tempuhinya dengan tabah kerana ini jalan yang aku pilih..Andai aku kehilangan sesuatu kerana aku ingin dapatkan sesuatu..aku harus redha...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails