Wednesday, October 27, 2010

Andai selamanya begini...

Walaupun permulaannya tak begitu indah..endingnya aku hepi semalam..hepi walaupun ada sedikit kekesalan..Semalam..lewat aku tido..hanya sebab dia baring di perutku..mungkin dia jeles sebab tengok aku asyik pegang2 perut je..

Berbaloi walaupun lama dia tunggu tuk baby tu gerak..akhirnya baby tu menendang juga..senyuman terukir di bibir..lama betol dia di perutku..bila dia baring cam tu..aku y xleh tido sebab tak selesa..

Hmm..xpe la tido lewat sket..janji leh buatkan dia senyum..kalau boleh aku dah tak nak merajuk2 lagi..sebab bila aku merajuk je..mesti lama..bukan sejam dua tapi berhari2..andai aku & dia selalu begini..indah betol hidup aku..

Tuesday, October 26, 2010

hati yang terluka..

Walaupun berjuta maaf telah kau pinta..
walaupun berjuta janji yang kau taburkan..
Segalanya sukar untuk merubah keadaan..
Walaupun kemaafan telah ku beri..
namun hati ini masih terluka..
mungkin kau tak memahami..
mungkin tak siapa yang akan fahami..
biarlah hanya aku yang merasa lukanya..

kekadang teringin sekali aku..
teringin untuk....
namun imanku masih kuat..
tapi aku sendiri tak pasti sekuat mana iman itu..
mungkinkah satu hari nanti ia akan terjadi?

Monday, October 25, 2010

Minggu Terakhir

Akhirnya tiba juga saatnya..minggu ni adalah minggu terakhir aku bekerja..dan juga minggu terakhir aku di sini..Orang baru pun dah datang kat tempat keje..dia jauh lagi bagus dari aku..

Minggu depan dah kene mulakan hidup yang baru..segalanya baru..tak tahu la cam mana situasinya..sedikit rasa gementar tuk aku mulakan hidup baru..aku akan tinggalkan segalanya dan akan mulakannya sekali lagi dalam keadaan yang sebegini..agak sukar sebenarnya tapi insyaallah rezki ada di mana-mana..

Minggu ni minggu yang memenatkan sebab terpaksa mengemas barang2..pindah semua barang tu..dan kene mengemas lagi di rumah baru nanti..hmmmm..terpaksalah aku melaratkan diri aku ni...

Friday, October 22, 2010

Dah 19 Minggu Kot..

Rasanya dah 19 minggu kalau di ikutkan dalam buku pink tu..maknenya dah 4 bulan lebih..minggu depan dah 5 bulan..hampir seusia dengan perkahwinan aku..

Sekarang ni dia dah stat menendang dah..malam semalam..sakit perut aku dibuatnya..tah kenapa tiba-tiba rasa keras sangat..nak tido pun dah tak lena..mungkin dia dalam proses nak mengada ngada..baru nak blaja menendang..nak bergolek2..nak berpusing gak nye..

Semuanya tak dirancang..aku tak plan tuk dapatkan dia secepat ni..tapi dah rezki tu cepat..aku terima je la..kalau ikutkan..hidup pun tak stabil lagi..insyaallah bila dia lahir nanti..aku dah stabil dari semua segi..

Wednesday, October 13, 2010

(^-^)

Hari ni dah 13 hb dah..tiba-tiba terasa yang dah tak lama dah..nanti sedar tak sedar..mesti dah tiba masanya..hmmm..agak-agak cam ne la nanti..nanti semuanya akan berubah..Aku harap semuanya akan ok..semuanya akan mengikut perancangan..semoga semuanya berjalan lancar..amin..

Tuesday, October 12, 2010

merajuk...merajuk..

Semenjak dua menjak ni..aku selalu sangat merajuk..kadang2 tak sebab pun aku perlu merajuk tapi aku merajuk gak..semalam..hanya sebab aku mintak dia belikan aku pin number tuk kpli..dan dia cakap ramai sangat orang..so dia kuar je cam tu..hanya sebab tu muncung aku panjang sampai ke malam..

Tapi yang tak tahan tu..sebab merajuk..aku sanggup jalan dari rumah ke bank bsn..hampir sejam aku jalan tuk pergi dan balik..masa tu aku tak pk pape pun..lantak la nak kene ragut ke..nak kene langgar ke..ape orang nak cakap pun lantak la..semua aku tak kisah..janji aku puas hati..

Tah la..aku pun tak tahu apa yang nak jadi ngan aku ni..kadang2 tu susah sangat nak kawal emosi ni..cam ne la aku nak ubah diri aku ni ye..nak kurangkan sikit sikap yang tak betol ni..

aduhaiii...

Mengeluh seketika pabila mengenang masa tu..tak pasal2 panjang je muncung ni..abis semuanya aku campak..geram..geram sebab semua jeans aku dah xleh pakai..semua dah xleh zip..nak keluar jalan2 pun dah xbes..terpaksa pakai cam nak g keje..skema tol rasanya..

Bila dah jadi cam ni..nak kuar g mana2 pun dah malas..t shirt aku pun dah banyak yang tak leh pakai..terpaksa la aku g shoping baju besar2..hmmm..sgh xbes sangat rasanya bila cam ni..

Wednesday, October 06, 2010

Indahnya...

Malam tadi terasa hepi sangat..pas balik keje..g makan berdua..pas makan malam..apa yang aku tunggu dari pagi tadi tiba juga..

Kami ke klinik..nak g tengok baby..walaupun xleh tahu laki or pompuan lagi..tapi dah boleh tengok dia..siap gerak2 time kitorang tengah tengok dia..nak tengok pun susah sket sebab dia gerak2..hepi sangat rasanya sebab doktor tu tunjuk satub2 bahagian badan dia..kaki..tangan..siku..kepala..jantung..semua la..

Semoga dia sihat selalu..tak sabar nak tengok dia betol2..girl or boy tak penting..yang penting bagi aku..dia lahir ngan sihat..semua selamat..i luv u sayang..

Saturday, October 02, 2010

dah settle dah..

Akhirnya aku berani juga buat keputusan ni..cuma sekarang ni aku belum bagitahu parent aku je..kalau aku bagitahu awal..lama plak aku kene dengar bebelan dorang..tunggu la bila aku rasakan masanya sesuai..aku akan bagitahu juga dan aku harap korang akan merestui aku walaupun aku tahu korang akan marah aku sangat sebab keputusan ni..

Aku mintak maaf sangat..aku terpaksa..aku penat nak berada di tengah2..dua2 pihak mendesak aku..semua memberi aku tekanan..tambah plak tekanan tempat keje..tp sekarang ni..tekanan yang aku hadapi akan makin kurang..

Aku harap semuanya akan ok..aku tak nak buat2 hepi lagi..aku penat hidup cam..terpaksa jaga hati orang tapi tak pernah pun dorang pk ape yang aku rasa..doakanlah semoga aku bahagia..

Friday, October 01, 2010

Hari penentuan...

Hari ini adalah hari yang akan menentukan satu permulaan baru dalam hidupku..aku yang membuat keputusan..apa pun yang terjadi kerana keputusanku ini akan aku tanggung..

Kadang-kadang untuk mendapatkan sesuatu yang kita ingini..kita perlu berkorban sesuatu yang kita sayangi..yang kita tak nak lepaskan.Dalam memilih tu..mungkin ada yang akan kecik ati ngan tindakan kita..tapi tu la hakikat yang perlu aku tempuhi..

Hanya tinggal beberapa minit je lagi..pas tu..semuanya kan berubah..semuanya akan makin jauh..jauh..dan jauuuh sangat..

Wednesday, September 29, 2010

(^V^)

Hari ni..aku menunggu 1 berita...dan nasib masih menyebelahiku..walaupun berita yang ku dapat tu mampu membuatkan aku melompat tapi aku tak mampu..bukannya tak mampu tuk melompat tapi aku tak mampu tuk begitu gembira kerna kegembiraan aku ini akan membuatkan ada pihak yang bersedih..

Aku tak tahu bagaimana tuk terangkan kepada mereka tapi fahamilah dan ingatlah yang aku bukanlah seorang yang sempurna..aku juga bukan boneka..aku manusia biasa yang punya perasaan dan ada kemahuan..

Maafkanlah aku kerana terpaksa menyakiti hatimu..bukan niatku begitu dan akan ku cuba sedaya mungkin..tuk menggunakan bahasa paling lembut supaya hatimu tidak aku sakiti..Berilah aku peluang tuk menentukan hidupku sendiri..

Sunday, September 26, 2010

Air Kelapa...

Hari ni teringin je nak minum air kelapa...memang senang je nak dapat kat sini tapi aku nak minum yang dalam kelapa..bukannya yang dalam gelas..

maka..mencari2 lah aku di pantai2..ke sana ke mari dan akhirnya berjumpa juga walaupun lama giler masa aku amik tuk mencari..kat PCB juga yang berkenan di hati..bila jalan2 kat situ plak..teringin plak aku nak makan jagung bakar yang jual kat situ..tapi biasa la..tu hanya nafsu semata2..makan tak sampai suku pun..

Pape pun.hari ni..aku puas..aku hepi..ada something yang hepikan aku..walaupun tindakan aku akan melukan beberapa hati..ketahuilah..ini yang terbaik..dan jika mereka menyayangi aku.mereka akan merestui aku..

Saturday, September 25, 2010

Blacklist soya..

Sebelum ni, aku ok je ngan soya..tapi sekarang ni soya dah kene blacklist lak..pas satu..satu yang kene blacklist..sebelum ni..kari memang aku kene blacklist..

hari ni..di sebabkan aku tak tahu yang soya telah di blacklist dari hidup aku..xpasal2 aku jadi lemah..apa yang masuk pagi tadi..semuanya keluar balik..kepala pun dah pusing..kalau ikutkan hati..nak je aku balik umah..tido..rasanya dah 2minggu aku tak cam ni..biasanya.makan apa pun xde masalah..semalam..dia buat lagi..tak tahu la kali ni bape lama lak dia nak meragam..

Thursday, September 23, 2010

MeNcUbA...

Aku mencuba dan terus mencuba...
mencuba untuk menjadi insan yang lebih baik..
Lebih baik dari dulu..
cuba tuk membetulkan apa yang salah..
dalam aku mencuba..ada yang bermain di fikiranku..
adakah aku akan berjaya mengubah segalanya..
terlalu banyak yang mengganggu fikiranku..
terlalu berat untukku fikirkan..
semuanya membuat aku buntu..

Wednesday, September 22, 2010

kekadang..

kekadang..aku lupa tuk hargai apa yang aku ada..
tapi..pabila aku kehilangannya..
di saat itu aku akan tersedar yang ia berharga bagi aku..
andai aku punya magik tuk mengubah apa yang dah berlaku..
ingin sekali aku lakukan..
malangnya...aku cuma insan biasa..
aku tak mampu tuk mengubah apa yang dah berlaku..
apa yang aku mampu lakukan..
hanya berdoa..berdoa...dan terus berdoa..
semoga doaku dimakbulkan..amin...

Friday, September 17, 2010

Aku Redha....

Sejarah 9 tahun lalu berulang kembali..walaupun caranya tak sama tapi hakikatnya tetap sama..ataupun mungkin lebih berat tuk ku tanggung..9 tahun yang lalu..insan yang amat aku sayangi..meninggalkan aku tuk selamanya..dan sekarang seorang lagi insan yang aku sayang tinggalkan aku..

Walaupun berat tuk aku tempuhi..namun segalanya telah tertulis..segalanya telah tersurat dan aku tak mampu tuk mengubah apapun..walaupun begitu sukar keadaannya..aku redha..

Selamat pengantin baru..


Raya tahun ni betol2 memenatkan..tapi walaupun penat..aku hepi..raya ke 3 & 5 majlis kawin sepupuku..bertungkus lumus kitorang dalam majlis tu..dari yang kecik sampai yang besar..sume bekerjasama..Masa raya ke 3, kitorang ke Ajil tuk majlis umah pompuan..raya ke 5 plak kat umah sepupu..kat sini aku ucapkan selamat pengantin baru tuk Along & ha..semoga kekal tuk selamanya..


Tuesday, September 07, 2010

Raya..Oh..Raya

Dalam tak sedar..rupanya dah hampir sebulan puasa..dah nak raya..Persediaan raya tahun ni betul2 tak de apa..tah kenapa tak ada mood nak beraya tahun ni..baju raya pun aku tak de..tapi nasib baik ma beli..kalau tak..memang dah tak de..

Cam ni la bila hati dah tak de mood..tak de pape yang baru pun tak pe..tak g mana2 pun tak pe..harap2 raya kali ni..tak seteruk yang aku fikirkan..tapi kalau apa yang aku fikirkan terjadi..dalam keadaan terpaksa atau rela..aku tetap kene lalui semua tu..Aku harap ada yang menyokong aku..walau apa pun terjadi..

Friday, September 03, 2010

dah tak lama dah...

Sedar tak sedar..dah hampir sebulan kita berpuasa..dah nak raya pun..1 yang tak puas ati sket pose kali ni..bukan tak puas ati ape..selalu time pose..berat aku mesti turun dengan banyaknya..paling tidak pun kekal cam tu tapi kali ni..siap naik lagi..menyampahnya rasa..kalau pose pun leh naik..nanti dah raya..lagi la..

Tuesday, August 24, 2010

;)

Kadang-kadang terasa rindu ngan kehidupan sebelum kawin..bukannya kawin tu tak bes tapi sebelum kawin..aku leh buat apa je aku suka..aku leh makan bila-bila masa..leh tido bila-bila masa..kalau aku tak nak masak pun tak pe..paling teruk pun kene bebel 2 3 bakul ngan ma..tu je..

Sekarang ni..semuanya aku..itu aku..ini aku..cukup penat tuk hidup cam sekarang..sebelum ni aku ingatkan senang je nak uruskan semua ni..rupanya..tak semudah yang aku sangkakan..harapnya aku dapat uruskan semuanya dengan baik walaupun berat bagiku..

Thursday, August 19, 2010

Malam tadi yang amat........

Amat pilu hati ini malam tadi..aku langsung tak menjawab atau mengiyakan walau sepatah..aku hanya mendiamkan diri..kerana terlalu terkejut..tidak pernah ku sangka semua tu akan keluar dari mulut mereka..

Sebelum ini mereka hanya menghasut aku..kini mereka bukan sahaja menghasut, malah mengajar aku supaya meruntuhkan masjid yang baru aku bina..kata mereka..mereka akan menolong aku selepas semuanya selesai..

Sampai hati mereka..tak tahu kepada siapa nak ku minta pandangan..tak tahu kepada siapa ingin ku cerita..tak tahu bagaimana jalan harusku ambil..perlukah aku meninggalkan segalanya dan pergi membawa diri..jauh dari semua..

Wednesday, August 18, 2010

Aku Bukan Milikmu Lagi..

Kadang-kadang teringin aku untuk meluahkannya..ingin aku katakan aku bukan miliknya lagi..tapi aku tak sampai hati tuk cakap cam tu..akibat aku nak menjaga hati..aku yang tersepit..aku tak faham sebenarnya..memang patut aku tak faham kerna aku tak berada ditempat dia..

Susah sangat kah bagi seorang ibu tuk melepaskan anaknya??aku dah kawin...tapi tetap juga dia nak aku berada dekat ngan dia..aku pindah dekat je ngan umah pun dah kecoh 1 dunia..tension aku dibuatnya..bila cakap nak keje kat KL..terus naik angin...katanya macam2 mana pun..dia tak kan benarkan..

Tak boleh ke dia faham aku dah bukan milik dia..aku tak boleh ikut cakap dia lagi..aku tak pernah membencimu tapi jangan lah menghasut aku..sanggupkah dia melihat rumah tangga anaknya musnah hanya sebab mulutnya..tekanan yang amat berat untukku tanggung kerna keduanya orang yang aku sayang..

Tuesday, August 17, 2010

8 hari berpuasa..

Sedikit rasa terkilan aku rasakan pada puasa kali ni..sepanjang 8 hari aku berpuasa..tak pernah sekali pun aku bersahur ngan dia..buka puasa lak..aku rasa sekali or 2 kali je aku berbuka bersama..sedih pun ade terasa sebenarnya..tah bila la agaknya dapat aku bersahur bersama..berbuka bersama..teringin juga cam orang lain..

Saturday, August 14, 2010

Sambal ikan bilis...

Sejak akhir2 ni aku teringin sangat makan sambal ikan bilis..dah beli kat kedai tapi tak masuk ngan selera aku..teringin makan yang ma masak..semalam aku mintak ma masak tuk buka pose petang ni..ma dah ready nak masakkan tapi tiba2 lak si dia...emmm...rasa nak marah pun ade..rasa sedih pun ada..aku cuma teringin nak makan sambal ikan bilis ma je..tak kan tu pun salah..Aku sendiri tak faham kenapa kadang2 dia cam tu..hmmm..nampaknya tak merasa la aku sambal ikan bilis ma... :-------(

Wednesday, August 11, 2010

2nd honeymoon + working

Hepi tersangat rasanya tuk trip ni..tempat ni 1st time aku sampai..walaupun penat giler..aku tetap hepi..Dari 2hb sampai 5hb..aku dah penat giler ngan kursus..pas tu 6hb pagi2 lagi terus ke labuan..dari labuan kami ke menumbuk naik bot..rasa nak tercabut bontot aku..bagai di hentak2 kat batu je bila naik bot tu..cukup xselesa dalam bot kecik tu tapi tu pengalaman..

Sampai je menumbuk..kami naik teksi ke Kota Kinabalu..sampai je KK, terus check in..terus tido..bila bangun je..tengok jam dah kul 1 pagi..masa tu baru la nak g cari makan..Esoknya kami ke kundasang...dari hotel tu leh nampak gunung kinabalu..sejuk kawasannya..tak banyak gambar yang di rakam tuk dijadikan kenangan..tapi ada la sket..





Wednesday, July 28, 2010

dia hepi = aku derita

Emmm..semuanya terjadi hanya kerana aku nak dia hepi..walaupun aku tahu kesannya pada aku..dan dia juga tahu..Kisahnya...semalam dia amik aku dari keje..singgah makan kat KFC tesco..pas tu g fun fair belakang tesco...seronok aku tengok dia..aku tahu dia suka bende2 cam tu..tapi masalahnya aku ni..aku naik kete pun leh mabuk..muntah2..naik bas pun sama..keretapi ngan flight pun mabuk gak..ni kan plak main bende2 cam tu..

Sebab nak dia hepi..kitorang naik la satu bende tu yang aku tak tahu apa namanya tapi bende tu memang betol2 la..tah berapa kali bende tu wat putaran 360 darjah..apa lagi..perut aku yang belum betol2 hadam KFC tu mula menghadamnya..telah bersedia tuk keluarkannya..bila stop je bende tu..terus letupan gunung berapi pertama berlaku tapi sempat aku tutup mulut aku..aku cepat2 turun..muka aku dah basah bermandikan peluh..Aku suruh dia teruskan disebabkan banyak lagi token yang kitorang dah beli..

Masa tengah tunggu dia..aku pun berlari keluar..ke tempat yang tak ada orang..terus keluar semuanya..aku pun terus longlai..terduduk kat tepi jalan..terasa nak je aku baring kat jalan tu..Lepas abis je game ketiga..dia mencari2 aku..bila dia tengok keadaan aku yang betol2 lemah tu..terus dia ajak aku balik..walaupun ade banyak lagi token belum dihabiskan..Bila kereta gerak je sket..lagi sekali aku keluarkan semua..kali ni memang betul2 semua..sampai sakit perut aku..sampai je rumah apa lagi..terus baring..dah tak tahan lagi..

Tuesday, July 27, 2010

asyik....

Seminggu dua ni..aku asyik tak sihat je..ada je masalah yang datang..pening la..perut meragam la..muntah2 la..macam2 betol la..aku tak tahu kenapa aku jadi cam tu..sampai ke hari ni pun aku masih lagi ada masalah yang sama..terasa amat tak larat tuk aku g keje..tapi mana leh asyik ponteng keje..moga2 cepat la aku sembuh..betol2 tak tahan aku kalau terus cam ni..

Thursday, July 22, 2010

menu malam tadi...


Aku tak pasti kenapa sejak sehari dua ni..kitorang hepi je..tak de nak gaduh2 sangat..selalunya kalau sehari tak gaduh 5 6 kali..memang tak sah..tapi sekarang ni hepi sangat..harap2 berpanjangan la semua ni..semalam aku & dia masak bersama..dia masak kari ayam..aku masak sayur je..hihihi..bende lain xreti..tu je yang aku tahu..sedap la juga dia nye kari ayam..kenyang giler malam tadi..

Wednesday, July 21, 2010

emmm..padan muka...

Semalam aku rasakan hari sungguh indah walaupun permulaannya tak begitu indah..dah begitu lama tak cam tu..Sekarang ni aku asyik merungut sakit badan la..itu la ini la..muka lak sekarang ni tah jadi cam apa...macam bulan..macam tanah gersang..semalam..aku repair2 muka sket..buang apa yang xelok...pas tu..malamnye..aku bosan sangat...tak tahu nak wat apa..tiba2 lak idea datang..sesi facial muka dia plak..walaupun cakap xnak cam mana pun..suka or x..kene juga...aku sempat la amik gambar dia yang kene paksa tu..hehehehhe

Monday, July 19, 2010

maggie jer..

malam ni..makan malamku hanya magie je..pagi tadi hanya makan nasi goreng..tengahari plak makan biskut & air..Ni la susahnya bila dok umah tinggi yang tak de lif..malas tol nak turun beli makan..malas nye pasal..aku makan je ape yang ade kat umah..nasib baik la juga ade magie..kalau tak...jawabnye kene juga la aku menapak..

Saturday, July 17, 2010

Malam Tadi Yang Bes

Malam tadi kali pertama aku, ma, ayah, dia & diha makan kat luar bersama..Sebelum ni selalu je plan tapi selalu je xdapat g..malam tadi kitorang g makan kenny rogers roaster..aku n diha pilih tempat ni sebab aku tahu ma & ayah tak pernah makan tempat ni..Seronok gak tengok gelagat ayah malam tadi..tapi aku tak kisah pun..sikit pun aku tak rasa malu..masing2 ada cara masing2..so relex la..biasanya kita makan pakai pisau & garfu tapi ma & ayah pakai sudu & garfu..adik lak makan pakai tangan..tak kisah la apa orang nak cakap..janji kita puas dah la..

Time makan..bukan main..makan n makan je..bila dah habis..tiba masanya tuk bayar..adik belanja..semua sket terkejut la bila bil ditunjukkan..leh tahan la harganya..ni 1st time aku tengok bil sebenarnya..sebelum ni orang belanja..so aku tak tau la bape harganya..walau bape pun harga dia..kitorang tak kisah sebenarnya..janji masa bersama tu ada..tu lagi penting sebenarnya.

Hari ni

Hari ni terasa betul2 masal nak g keje..badan asyik sakit2 je..tapi tu perkara biasa..sejak dok umah sendiri..rasa penat sangat sebab sume kene wat sendiri..xleh mintak tolong sape2..kalau malas sket je..umah jadi cam kapal pecah..dulu ada ma tolong kemas umah..sekarang ni aku hanya leh harapkan aku je..tapi ni bukan aku nak cite sebenarnya..

Hari ni aku rasa bosan gile kat tempat keje..memang giler2 nye bosan la...tak de keje..tak tau nak wat apa...aku pun dok amik gambar aku yang amat bosan ni..tersangat la nampak muka yang kebosanan..dah xleh nak control lagi dah..

Thursday, July 15, 2010

Fobia Sudah..

Sekarang ni, semenjak aku langgar dahan pokok & motor langgar kitorang..aku jadi fobia..bila ada je kete or motor kat sebelah kete je terus rasa tak yakin..rasa cam dekat je motor tu..takut terlanggar lagi..

Tadi masa nak balik rehat, nasib aku baik sangat aku rasakan..masa masuk dalam kete, sebenarnya aku dah perasan ade kete kat belakang tapi bila masuk je stat je enjin, terus aku jadi lupa. Masa aku nak undur kete..nasib bain aku tekan minyak sket je..kalau x..xtau la..langgar kete orang lagi..

Tak tahu lah aku macam mana aku nak hilangkan rasa fobia ni..tak bes sangat rasa cam ni..nak drive pun xselesa..harap2 tak lama la aku rasa cam ni..

Tuesday, July 13, 2010

1st honeymoon + working...

Jumaat malam, jam 9.15 malam..kami drive dari Bachok ke Johor Bahru atas urusan kerja sebenarnya tapi sambil wat keje..g la makan angin sekali..Penat sangat badan sebab drive..Aku pun drive gak 3 4 jam tapi asyik masuk jalan sebelah je sebab tertido masa drive..pas tu dia yang drive sampai JB..Masa kat sana..xleh g jalan sangat..xleh amik gambar sangat sebab asyik hujan je..

Pas dah setle urusan kerja..kami mula bergerak ke marata rata tempat kat johor..sume tempat kitorang pegi..pas tu g melaka..sampai melaka dah malam..kemalangan lak ngan mamat endon..kete aku pun teruk gak la..pas tu xjadi nak pusing2 sebab dah rasa tak sedap hati sebab xcident...

Pas tu perjalanan diteruskan ke Bahau & masuk muazam..pas tu kami bermalam kat cherating sebab dah tak larat nak drive lagi..bangun esoknya kami gerak ke terengganu..g amik gambar kat sekolah dia, Sekolah Rantau Petronas..kata dia banyak yang dah berubah sebab gov dah amik alih..dulu kelas sume aircond, sekarang guna kipas je..

Dah habis bergambar kat sekolah dia..kitorang ke bukit besi..aku ingat nak naik kete kayuh dalam air tu tapi hujan plak..1 keping gambar je sempat ambik..pape pun aku hepi..walaupun xde gambar tuk dikenangkan tapi aku akan ingat..seronok walaupun badan penat..

Kisah Jumaat Lepas...

Jumaat lepas...malang aku rasakan nasib aku hari tu..Selalu sangat aku kene cam tu..Paginye aku g keje cam biasa..masa rehat tengahari..aku balik umah..pas tu kul 2 aku dah gerak g tempat keje..sedangkan masuk keje kul 2.30 tapi saja nak g awal sebab ade kelas..Pas tu..dalam perjalanan g tempat keje tu..aku lalu jalan kecik..selisih ngan motor..pakcik tu langsung xnak ke tepi..terpaksa la aku ke tepi walaupun ade pokok2 kat tepi tu..nak di jadikan kisah malang aku..side mirror aku yang aku langgar tiang umah bulan 11 tahun lepas terkene dahan tu..tercabut terus side mirror tu..aku ape lagi..gelabah taik la..teringat ade kelas tapi pastinya aku akan lambat g keje kalau cam ni..Aku terpaksa balik umah..aku tanya ayah cam ne..ayah kata ari jumaat kedai tutup..terpaksa tunggu esok..aduuuhh..pas tu terpaksa la aku buat sesuatu tuk ok kan gak side mirror tu..jadinya cam ni la tuk menunggu g kedai...

Kesimpulannya aku g keje lewat tapi nasib aku baik la sebab budak kelas tak de yang sampai awal..Duit pun melayang la tuk tukar side mirror baru tapi nasib baik juga la orang belanja..kalau tak..kene kuar duit sendiri..



Friday, July 09, 2010

Tiba-Tiba Saje

Hari ni tetiba je aku rasa rindu kat my sayang..mayb sebab dok tengok2 gambar dia kat laptop ni..esok cuti..kalau la aku leh g sana..jumpa dia..bes sangat rasanya..tapi betul ke best kalau g sana..tah2 bila g sana..tak de ape pun..kalau dia balik sini pun..susah nak tengok dia..emmm..tapi nanti raya leh jumpa dia lagi..cepat la raya...cepat la....


Gambar ni diambil masa dia umur 6 bulan..sekarang dah 2 tahun lebih...aku tak banyak gambar ngan dia sebab bila dia tengok aku je mesti dia nangis..aku tak tahu kenapa dia takut ngan aku..nak kata aku ni buruk sangat..aku rasa tak pun..tapi tak tahu la kalau dia nampak aku buruk sampai menakutkan dia..tapi tak kisahlah..dia masih budak2..xtau pape lagi..

Thursday, July 08, 2010

Berdosakah aku?

Impianku mungkin tak sama dengan pasangan baru kawin yang lain. Kalau dorang..mesti pas kawin je..nak anak cepat2..kalau boleh sebelum ulangtahun pertama dah ada anak tapi aku tak sama..Sebelum aku melangsungkan perkahwinan..aku telah menetapkan yang kami hanya akan ada anak selepas 2 tahun berkahwin..itu paling awal..Sekarang ni aku terfikir..berdosakah aku andai aku menolak rezki awal yang datang?Aku sebenarnya bukannya tak nak anak tapi ada sesuatu yang perlu aku lakukan sebelum ada anak..

Kini..selalu aku terfikir..andai rezki tu datang..sanggupkah aku menolak..tak ke tu namanya kejam..memang ia masih belum bernyawa tapi tah la..andai aku tak sampai ati tuk menolaknya..mungkin semua plan aku tak kan berjalan lancar.Semoga aku tak mendapat rezki awal..aku harapkan cam tu..amin..

Wednesday, July 07, 2010

Aku Jatuh Cinta Sekali Lagi???




Sekarang ni aku rasakan aku dah jatuh cinta ngan suria.fm...suka sangat dengar suria..xboring..lagu2 yang dorang keudarakan semua bes2..cakap pun xde la banyak sangat..kat umah..kat dalam kete..aku sentiasa dengar suria..kat tempat keje je aku xleh dengar suria..aku ingat nak dengar online tapi xleh plak..tah apa masalahnye aku pun xtahu..aku ingat nak beli radio tuk pjk tapi takut ade orang yang tak suka lak..pas tu aku pk2..aku nak beli mp3 tapi masalahnya aku tak suka dengar cam tu..sakit kepala aku nanti..kesimpulannya..aku jadi bosan sangat bila kat tempat keje.

Tuesday, July 06, 2010

Rasmi Sudah...

Semalam..secara rasminya aku telah menetap kat umah baruku..cuti 2 hariku betol2 memenatkan aku..walaupun tak banyak barang tuk aku pindahkan tapi nak bawa diri ke tingkat 3 tu pun dah mengah rasanya..nak tercabut lulut bila naik ke tingkat 3..
Malam tadi ma & ayah datang tu wat solat hajat..dan tuk pertama kalinya aku masak dalam rumah tu..simple je masak ayam goreng..sup ayam..telur dadar..sambal belacan & air oren..habis gak la 1 periuk nasi yang aku masak..lepas solat hajat n makan2..dorang balik..banyak barang umah tu dorang sponser..thanks ma yah..sebab banyak tolong..

Saturday, July 03, 2010

:(

Hari ni aku datang keje ngan betol2 xde mood..nak senyum kat budak2 yang datang pun rasa cam berat je..rasa langsung tak bermaya..sebabnya??hmmmmmmm mungkin sebabnya aku bukan insan sempurna..aku hanya insan biasa yang punya banyak kelemahan..aku akan jadi amat lemah bila aku berada ditengah2..tak tahu kepada siapa harusku luahkan..tak tahu apa yang harusku luahkan..tak tahu bagaimana nak menjaga hati semua orang..bagiku..bila dah tak de tempat yang sesuai tuk aku luahkan..aku akan pendamkan je..mungkin itu akan mengeruhkan keadaan tapi dari aku bersuara dan menyakiti hati keduanya..aku fikir lebih baik aku pendamkan..biarlah semua kesalahan tu diletakkan padakku..biarlah hanya aku yang tahu segalanya..

Friday, July 02, 2010

Kisah Malam Tadi..

Petang semalam..pas balik keje..aku kene masuk dapur..masuk tuk dia..pas maghrib..ma & ayah g masjid..aku ingat nak kuar ngan dia tapi tiba-tiba hujan lebat giler..kitorang pun dok umah je kemas ape yang patut tuk pindah..Sambil kemas2..aku basuh kain..pas tu sebab penat sangat..aku tertido..dia?aku tak tahu la apa yang dia buat..tiba2 kul 1 aku terjaga..teringat kain dalam mesin basuh..g siapkan dulu..pas tu masuk bilik kunci jam tuk bangun rini..pas tuu aku pun cuba tuk tido balik..tiba2 aku terdengar azan..betol2 menusuk dalam telinga..cam orang tu baca kat tepi telinga aku je..tiba2 je aku jadi takut..teringatkan malam tu malam jumaat..pas tu aku tengok dia lena je..aku pun gerak dekat ngan dia..pas tu masih lagi ade bunyi2..eeeeee..aku tiba2 rasa seram sangat..aku tutup muka ngan selimut..pas tu aku tertido & kul 2..aku terjaga lagi..aku amik hp kat sebelah..bila aku tengok hp tu..dah 1 jam aku col ayah ngah aku..rupanya..caller ringtone dia yang menakutkan aku..dan bunyi2 kat umah dia yang menakutkan aku..

Thursday, July 01, 2010

Selamat Hari Lahir

Semalam..30 Jun adalah hari lahir ma..aku langsung tak bagi ucapan pape..bukannya aku tak ingat tapi aku saje je wat tak tahu..aku plan malamnya nak wat kejutan..tapi lain lak jadinya..Sebelum maghrib semalam aku keluar tuk basuh rumah aku..penat sangat rasanya tapi aku tetap nak raikan hari lahir ma..sebelum balik aku beli kek & sate..tapi bila sampai je kat umah..ma & ayah xde..dorang keluar celebrate kat luar..mayb dorang ingat aku lupa besday ma..sedih sangat aku rasa masa tu..sampai aku sendiri tak sedar yang aku menangis..aku tunggu dorang balik tapi aku terlalu penat tuk tunggu..aku pun letak je kek & sate kat dapur..
Pagi tadi aku tengok kek tu dah ada orang makan..sedikit terubat rasa sedihku ini..pas tu ma anta sms kat dia...cakap thanks..walaupun ucapan tu tak diberikan padaku..aku rasa hatiku yang sedih ni dah sedikit terubat..

Wednesday, June 30, 2010

geraaaammmmmmm

Aku tak tahu cam mana nak gambarkan betapa geramnya aku..sangat2 sakit hati aku..patutnya esok aku cuti..tapi cuti aku tak approve..hanya sebab lagi sorang staf cuti..yang menyakitkan hati aku..aku yang mintak cuti dulu..asal dia yang approve..benci tol..aku dah plan cantik punye..dari minggu lepas aku apply..tapi orang yang baru apply minggu ni gak yang lulus cuti..aku rasa nak maki hamun je...ahhhhhh..
aku mintak cuti 3 hari..lagi sorang mintak cuti 2 hari..dia cakap kalau aku nak cuti hari ketiga tu leh la..xyah la..time kasih je la..aku memang tak puas hati gile..aku reply sms dia..aku cakap xpe la..sy cancel je la cuti tu..tp nape cuti dia en approve tp saya nye en xapprove?..terus dia col tapi aku tengah hangin..malas aku nak cakap ngan dia..tak kisah la sape dia..bos ke sape....aku geraaaaaaaaaaaaaaaaaam

Tuesday, June 29, 2010

episod baru..

Bila Julai menjelma..maka akan bermulalah episod baru hidupku..akan bermulalah hidup kami berdua..Bila Julai nanti..susah atau senang..hanya kami yang akan tahu..Aku sebenarnya masih belum bersedia tuk hidup berdua..masih selasa berada di bilikku..dirumah ibuku tapi memandangkan permintaan dari dia..aku ikutkan kerna aku faham permintaan tu..
Mungkin dengan bermulanya hidup baru ini..aku akan lebih matang dan sabar dan jadi rajin sket la..kat rumah baru nanti..xde mesin basuh..sob..sob..sob..kene basuh pakai tangan..lama sudah aku tak basuh baju pakai tangan..(kasar la tangan aku)..cam la sekarang lembut sangat..hehehe..
Episod baru yang akan menambahkan kos dan memenatkan aku..tapi apa pun yang berlaku..pastinya ada hikmah..moga tak ada siapa yang tak puas hati dengan apa yang kami putuskan ni..

Friday, June 25, 2010

semakin hari..semakin..

Arrrggggg..tak tahu bagaimana harusku luahkan..betapa tensionnya aku..semakin hari..aku rasakan semakin tension..untuk menjaga hati kedua-duanya..begitu payah aku rasakan..aku yang berada kat tengah2 ni terasa betol2 tersepit..ingatkan aku leh bertahan tinggal ngan famili pas dah berdua..tapi sekarang ni aku dah rasa kenapa orang tak nak bagi tinggal bersama famili bila pas kawin....bukan aku nak singkirkan dorang dari hidup aku cuma aku manusia biasa..aku tak mampu nak menjaga hati semua orang..terlalu susahku rasakan..kepada famili tersayang..cuba la fahami..dan kepada suamiku juga..fahami lah semuanya..

Thursday, June 24, 2010

Minggu yang memenatkan..

Baru je seminggu aku stat keje..dah seminggu rutin harianku cam ni..aku ingatkan aku leh bertahan lama tapi semalam dah xleh bertahan lagi..stat minggu lepas..aku keje dari kul 9 sampai kul 6..tapi aku bangun lagi awal..pas abis keje je..aku akan ke kb..lepak2 kat kb sampai kul 11..amik adik kat 7e..sampai umah dalam kul 12 sebab adik selalu keluar lambat..kul 12 baru nak makan or nak basuh baju tuk dia g keje esok..cam tu la hari2..
semalam..aku memang penat gile..budak2 yang ramai kat pjk..dari kul 3 sampai 6.30 xhenti aku wat keje..ade je yang panggil..pas turun dari pjk..aku g kb..makan2..pas tu memang dah xlarat tunggu adik..aku dan dia balik..sampai je umah..apa lagi..katil memanggil2 aku..aku pun pegi la..ingatkan nk tido 10 minit..pas tu g mandi..tapi aku tido sampai la pagi..tido ngan pakai baju kurung g keje..maknenya aku berjaya pakai baju tu 24 jam..
pagi ni aku bangun ngan rasa bersalah sebab malam tadi dalam mamai2..aku dengar dia mintak aku buatkan air tapi aku xbangun sebab penat sangat..itu la ayat terakhir yang aku dengar..pas tu yang aku dengar ma kejut sembahyang je..tak tahu la sampai bila aku akan terus cam ni..xlarat..betul2 xlarat..

Tuesday, June 22, 2010

tah pape...

Bila difikirkan balik..kadang2 kitorang ni gile sket..wat pape ikut suka ati je..kalau time tak menyusahkan sape2 ok la..kalau menyusahkan orang tu susah gak..
ari tu kitorang teringin mandi air terjun..ayah cadangkan jeram linang..kitorang pun siap2 g sana..dah sampai sana..hampeh..jeram linang sekarang dah tak secantik yang dulu..so kitorang batalkan niat nak mandi manda kat situ..dia cadangkan g sekayu..aku tak setuju sebab jauh sangat..tapi dia nak juga g sana..so aku ikutkan..
tapi bayangkan la..perjalanan je pergi je makan masa lebih kurang 3 jam..tapi kitorang dapat menikmati keindahan sekayu cuma sejam je..kalau nak ikutkan xberbaloi sebab dok dalam kete lagi lama dari dok dalam air..walaupun cam tu aku tetap rasa seronok sangat sebab cantik betol sekayu..air yang bes sangat..tapi masa aku g sana..cuaca xelok..ari nak ujan..sebab tu xleh lama sangat dalam air..kalau tak..mesti puas ati gile la..pape pun i like sekayu..meme sekayu come..

Saturday, June 19, 2010

dulu & sekarang

Baru 3 minggu aku bergelar isteri dan baru ku tahu bezanya jadi isteri orang dan hidup single..ada yang bes dan ada yang tak bes..yang bes nya selalu ada seseorang yang akan temani kita..yang tak besnye kita mesti kene tunggu dia je tuk pape..semalam aku dah kene tegur ngan ma n ayah sebab makan tak tunggu dia..ma kata tak elok makan xtunggu suami..kene makan sama2..aku pun balas la balik..ct lapar la..xleh nak tunggu..aku pun makan je la sket..wat syarat kenyangkan perut..
Dulu aku basuh baju sekali seminggu or sekali 2 minggu..tapi sekarang 2 or 3 ari mesti kene basuh..dah la aku ni banyak virus malas..virus ni selalu sangat menyerang bila tiba bab2 bersih membersih ni..tapi terpaksa la wat2 rajin..kalu tak tak beruniform keje la dia..
Dulu aku makan apa yang ma masak je..tapi sekarang aku lak yang kene masak..dah la aku ni pandai sangat bab2 masak ni..kalau la dari dulu aku blaja masak kan bagus..
Walau apa pun yang tak bes..yang bes akan mengatasi yang tak bes tu gak..so pada teman2 yang masih solo tu..cepat2 la kawen ye..:)

Friday, June 18, 2010

hari ni..

Hari ni hari keempat aku stat keje selepas amik cuti..hari pertamaku..aku kat tempat keje aku..ari kedua lak..aku kat melawi..semalam aku kat tempat keje aku gak..hari ni pun aku kat tempat keje aku..penat sket la rini..terpaksa membersihkan tempat ni..esok dah leh operasi..awal bulan depan lak ada program ngan tm..tak suka sangat bila ada program..mesti penat gile..yang mengarah..hanya tahu semua setle..xnak tahu apa masalah..harap2 ni last program yang aku akan libatkan diri..pas ni dah xnak dah semua ni lagi..kita tukar angin lak..

Tuesday, June 15, 2010

kawinku..

Pertama sekali..aku ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagianku..terima kasih kepada yang datang..terima kasih kepada sedara yang banyak membantu..terima kasih banyak2..aku amat terhutang budi ngan korang semua..aku hepi sangat saat tu..walaupun ada sedikit rasa terkilan tapi segalanya mesti diteruskan gak..
malam tadi aku terima gambar dari jurugambar..xcantik tol..xberbaloi bayar dia..baik amik sendiri..cuci gambar yang sama je..aku pun leh wat kalau cam tu..eja nama aku pun salah..hangin satu badan..rasa tak nak bayar pun ada..dorang ni wat keje cincai2 je..

Wednesday, June 02, 2010

hepi day..

Pada 28hb mei 2010..selepas sembahyang isyak..diadakan solat hajat untuk mendoakan kami agar panjang jodohnya..selepas selesai solat hajat..majlis pernikahanku diadakan dirumahku sendiri dan di akad sendiri oleh ayahku..bila aku tengok balik rakaman masa akad nikah..aku gelak sendiri..sebenarnya petang tu dia ngan ayah dah berlatih..semua ok..pas tu bila time malam..ayat ayah bertukar lak..dah la genggam tangan kuat lak..antara ayat ayah yang buat dia hilang kata2 "wahai Amirul Bahrin"sebelum ni..aku tak pernah pun dengar sape2 nikahkan orang cam tu..so memang tak pelik la kalau dia xleh nak terima akad tu..tapi alhamdullihlah kali kedua..semuanya ok..so mulai saat itu aku telah bergelar isteri kepada Amirul Bahrin Abdullah..

Hidup baru..

Esok last aku keje sebelum aku amik cuti panjang..segalanya mungkin akan berubah nanti..sekarang ni belum pasti apa yang akan terjadi..mungkin ini detik2 terakhir bersama..andai betul ini detik terakhir..aku mohon maaf dan berterima kasih kepada siapa yang terlibat dan mengajar aku untuk lebih berwaspada dan jangan terlalu percaya pada insan yang bernama kawan..

Thursday, May 27, 2010

aku terkena....malu..malu..

Hari ni aku di melawi...dari pagi sampai ke petang..keje cam biasa je..cuma tiba2 ada panggilan..disebabkan amel xde..aku jawab col tu..col tu datang dari 09513..dari pjk jelawat..aku tak perasan sangat suara yang ku dengar..cuma aku tahu lelaki..mesti kirin yang col..dia dok cakap helo..helo..aku pun cakap la bende yang sama gak..main2 helo2..banyak kali..tiba2 aku dengar lain macam je suara kirin ni..siap tanya sapa ni..hishhhh..bukan kirin ke???ahhhh..rupanya en.z..huhuhu..aku malu sendiri..maluuuu...

Wednesday, May 26, 2010

Rabu sudah...

Emmmm..cepat sungguh masa berlalu..ari ni dah rabu..26hb..emm...esok aku masih aku yang sama..masih lagi leh buat pape ikut kepala otak aku..tapi esok last akan leh cam tu..bila lusa menjelma..segalanya akan berubah..esok..aku ingat nak kuar ngan kawan2..makan bersama ngan member sekerja..berkumpul berlima..harap2 leh la kitorang berkumpul esok..berkumpul sebelum statusku bertukar..

Saturday, May 22, 2010

KiSaH DuLu2

Tetiba je teringatkan kisah masa belajar dulu..masa kat matrik..dalam satu bilik..ada 4 orang..sorang dari pahang..dari selangor & sorang lagi dari johor..aku rapat sangat ngan yang johor ni...walaupun dia cina..aku lebik suka dia dari yang lagi 2 orang..aku tak tahu la kenapa..dia cukup2 baik dengan aku..waktu aku sakit...tak larat nak bangun..dia yang belikan aku ubat..belikan aku makanan..yang lagi 2 orang..langsung tak pedulikan aku..
Aku ingat lagi..waktu last kat matrik..masa salam n berpeluk ngan dia..masing2 nangis..tak tahu kenapa air mata tu mengalir..mungkin kerana tahu yang dah susah kami nak jumpa lagi pas ni..sekarang ni aku tak pasti dia kat mana..chin..i miss u..

Friday, May 21, 2010

dietku berjaya...

hepi sangat rasanya..aku berjaya tuk hari pertamaku..aku hanya makan nasi 1 senduk je tuk makan tengahari..minum milo..petangnya..aku minum milo lagi cuma tambah daging burger ngan telur je..biasalah hari pertama..laparrrrrr...tak leh tahan..hari ni..aku akan cuba kuatkan semangatku..aku akan wat tak nampak je sume makanan tu..aku hanya akan makan sekali je..pas tu makan roti or biskut je..harap2 dapat la kurang sekilo dua dalam masa terdekat ni..semoga berjaya tuk aku..

Thursday, May 20, 2010

diet..diet lagi..

Aku rasa aku dah makin gemuk..tapi kalau ikutkan seluarku..aku cam dah makin kurus..nak gi timbang berat..takut lak..takut aku perasan kurus je..so aku amik keputusan nak diet..tapi cam ne nak diet..asal masuk dapur je mesti makan..walaupun tak lapar..tetap gak aku nak makan..dari pagi hari ni aku belum makan pape lagi..nanti tengahari aku nak makan roti je kot..boleh ke aku tahan makan roti je??makan roti ngan telor la..tapi tu kire diet ke??hmmmm..xpe la..aku makan nasi 1 senduk je la..pas tu makan roti ngan biskut je..harap2 diet aku ni tahan lama..

Tuesday, May 18, 2010

28 may..

Satu masa dulu..28 may setiap tahun..aku aku raikan..bukan besday sesiapa tapi hari tuk kitorang ingati..selalunya 28may aku sambut dengan dia..tapi tahun ni dan insyaallah tuk tahun akan datang sekali..aku akan sambut dengan dia yang lain..kadang2 terfikir juga aku..kenapa tarikh tu yang aku pilih..tak ke nanti semua tu akan mengingatkan aku kenangan lalu..

Monday, May 17, 2010

7 eleven..

sekarang ni setiap hari aku mesti g 7-e..7-e dekat ade je kat ngan tempat keje aku ni tapi yang jauh gak aku g.ni sume sebab siput...kononnye nak keje masa cuti sem..nak cari pengalaman keje la..nak cari duit lebih la..xnak menyusahkan ma n ayah la..nak kuruskan badan la..macam2 betol la dia..dapat keje kat 7-e tu kire ok la..RM700 sebulan..susah gak nak dapat gaji cam tu kat sini kalau guna spm je..

Sunday, May 16, 2010

bosan sudah...

Makin lama..terasa makin bosan berinternet..hampir separuh hari tuk setiap hari aku akan mengadap internet..sekarang memang aku rasa muak tol..dah malas dah nak mengadap fb dan seangkatan dengannya..

Friday, May 14, 2010

yeeeayyy..

Cuti dah approve..hepi la sangat aku rasa..besnye..hampir 2 minggu..besnye...cam cuti sekolah rasanya..nanti leh cuti2 malaysia..abiskan duit..hahhahaha..bila cuti dah approve..leh la aku plan nak g jalan2..lagi 2 minggu...kalau nak ikutkan xsampai pun 2 minggu...banyak persiapan yang lom aku siapkan..semua tu xleh disiapkan sejak aku terkene virus malas..yang menyerang aku semenjak 2 menjak ni..bila la aku nak dapat antivirus ni ye..

Wednesday, May 12, 2010

sahabat ke kawan???

Kadang-kadang..kita menyangka kawan kita adalah sahabat kita..yang akan tolong kita bila kita susah dan yang akan hepi bila kita senang..tapi kadang-kadang sahabat yang kita sangkakan sahabat tu sebenarnya bukanlah sahabat..hanyalah sorang kawan yang hanya berada disamping kita waktu kita senang..tapi waktu kita susah..dia tah ke mana..tapi lebih menyakitkan hati bila dia menikam kita dari belakang..hmmm..biasa la manusia..rambut sama hitam..hati tak siapa tahu..

Tuesday, May 11, 2010

argggg..

Sekarang ni kemalasan bekerja dah melanda aku..sejak pjk tutup..aku nak bangun awal pun susah..malas betol rasanya nak g keje tempat lain..rini..aku bekerja dari rumah lagi..tapi petang nanti aku ingat nak g deko2 jap..sementara tak de orang ni la aku ada masa nak deko2..tapi tak tau lagi aku nak buat apa..mungkin g bersihkan pjk yang dah bersawang tu..harap2..aku rajin la petang nanti..esok & lusa nak wak xtvt luar sket..nak jumpa ajk2 plak..

Friday, May 07, 2010

menyayangi dia lebih dari aku

Kekadang terdetik sedikit rasa cemburu bila dia lebih disayangi dari aku..kenapa tak dibahagikan kasih sayang tu sama rata saje..mungkin dia lahir di saat mereka memerlukannya..dan aku lahir di ketika mereka masih tak perlukan aku..entah la...keadaan ni membuatkan aku berfikir dan mengingatkan diri aku agar tak pilih kasih..melayan semuanya dengan seadilnya..Insyaallah

Wednesday, May 05, 2010

kepada kengkawan....

6 Jun 2010 ni akan diadakan kenduri kesyukuran kat umah aku sempena aku kawin..ada antara kawan2 aku..dah pun aku hantarkan kad..dan ada juga yang belum dan aku tak cite pape lagi pas kejadian tu..kepada yang terlibat dalam kes ari tu...tetap akan ku ajak korang..korang kawan aku..nak datang ke tak nak..tu terpulang pada korang..aku tak de hak nak memaksa..cuma aku harapkan satu je dari kengkawan..aku cuma nak korang semua doakan aku bahagia..kekal sampai bila2..

Wednesday, April 28, 2010

hari ni..esok..lusa...

Tak dapat aku bayangkan..tak dapat aku gambarkan..tak siapa yang memahami..tak siapa yang mengerti kerna yang tahu segalanya..hanya aku..sukar untukku bercerita..sukar untukku luahkan..terlalu payah untuk aku berkongsi dengan teman2..hanya kepada yang ku fikir memahami je aku ceritakan segalanya..terima kasih kepada teman yang memahami..yang sudi mendengar luahan hati aku..akan ku ingat budi korang sampai bila2 pun..

Saturday, April 24, 2010

akhirnya..

Segala yang berlaku..tak pernah aku minta..tak pernah aku bayangkan..walaupun keputusannya dari aku..hakikatnya aku juga tak inginkan perpisahan tapi ia tetap berlaku..kerana masalah kecik..semuanya jadi kacau..mungkin dah tersurat apa yang berlaku...kepada yang terlibat..aku memohon maaf kerana korang diganggu..

Friday, April 23, 2010

bosan + takut

Hari ni aku balik awal dari tempat keje sebab ade masalah kat tempat keje..tapi sampai je kat umah..xde sape2..yang ada hanya rumah je..bosan la..asyik sengsorang je..ma n ayah g umah tok ji kat pasir mas...tah kul bape dorang nak balik..
Aku ni bukan la berani sangat tapi xde la penakut sangat tapi bila xde orang kat umah..memang sume aktiviti aku ditangguhkan dulu la..mandi pun x..yang aku tahu..kene buka sume lampu..kene on tv n kuatkan volume tv...n xpandang kiri kanan..hhahaha..dasar penakut..cepat la dorang balik..aku nak tido ni..nak mandi..nak kemas bilik..banyak bende nak buat ni..

Wednesday, April 21, 2010

jeles ke???

Rini aku xde keje sangat..so aku main2 kat fb n aku teringin nak add balik org yang dah aku remove kan beberapa bln yang lepas..n dia accept aku..dan aku tengok dia dah ade seseorang yang istimewa..tiba-tiba terasa something..nak katakan aku jeles..aku pun dah ada yang istimewa..siap nak kawin dah pun..yang aku tahu hati aku sakit bila tengok pompuan tu..tah la...mungkin terkenangkan cite lama..bercinta bagai nak rak tapi kesudahannya ngan orang lain juga..mungkin dah xde jodoh..sedihhhhhhhhhhhhh rrrrrr...

Saturday, April 17, 2010

Dugaan...dugaan..

Bila dah semakin dekat tibanya saat itu..semakin banyak masalah yang timbul..aku lak makin baran jadinya..salah sket je..marah berapi..aku tak faham kenapa aku jadi cam ni..sebelum tarikh ditetapkan..aku xde la cepat sangat marah..tekanan agaknya..
sepatutnya walau tekanan cam ne pun aku tak sepatutnya cam ni..pagi tadi dah masuk kali ketiga aku mintak semuanya dibatalkan..nak kata aku xsedia..aku bukan dipaksa pun..aku dan dia sama2 setuju..yang aku pastinya tekanan yang aku terima terlalu besar dari famili yang nak kan segalanya sempurna sedangkan majlis aku tak kan sama ngan majlis orang lain..dia yang aku pilih..bukannya ada famili yang nak uruskan..segalanya kene uruskan sendiri..famili aku tahu semua tu tapi mereka seakan-akan tak boleh nak menerimanya..
Aku harap sangat famili aku dapat faham segalanya..dapat terima semuanya tak kan jadi sempurna cam majlis orang lain..jangan la bagi aku tekanan cam ni...aku takut sampai satu tahap..aku akan jadi cam dulu lagi..

Friday, April 16, 2010

Alhamdulilah..

Aku sebenarnya sedikit terkejut bila aku sampai je tempat keje ari ni..dia dah sampai..aku sampai dalam 8.50 tapi dia lagi awal..aku masuk je..semua komputer dah on..cam dah lama dah datang..heran gak aku..tapi aku wat bodo je la..malas nak tegur..
dan lagi sekali aku terkejut bila dia tegur aku dengan nada yang cukup baik..walaupun hati aku masih sakit dan aku masih ingat apa yang dia cakap pada aku..aku jawab pertanyaan tu dengan baik..dan aku dah jadi seorang yang betol2 hipokrit..aku sebenarnya masih xboleh bercakap dengan dia..masih xboleh nak bekerja dengan baik dengan dia tapi walau sakit hati cam ne pun aku tetap kene keje ngan dia..
walaupun aku bekerja dan bercakap dengan dia..tu tak bererti aku dah maafkan dan akan lupakan semuanya...aku tak kan mungkin maafkan..itu lah aku..aku pun tak tahu kenapa..suka sangat berdendam..
Apa pun aku panjatkan kesyukuran..Alhamdulillah kalau dia berterusan cam ni tapi tak tahu la berapa lama semua ni akan bertahan sebab selalunya tak lama dia akan baik cam ni..

Wednesday, April 14, 2010

emmmmmm...

Emm..rasanya dah terlalu lama aku xmenulis berita yang mengembirakan..asyik meluahkan apa yang menyedihkan je..Hari ni aku terasa ingin berkongsi berita yang hepi sebenarnya tapi disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan..bende tu jadi xhepi sangat..
1 mei..tarikh yang aku pilih..tarikh tu dipilih sebab nak cuti tiap2 tahun sebenarnya..walaupun aku masih tak cukup syarat untuk ke tarikh tu tapi aku dah plan semuanya ngan teliti..tapi semuanya jadi kacau bila tiba2 aku diarahkan menghadiri meeting pada tarikh yang sepatutnya aku berkursus..geram sangat rasanya..Bila aku tak kursus..semuanya tak kan terjadi..
Aku cuba tuk bagitahu bos dan mintak supaya aku dikecuallikan tapi jawapan yang dia bagi "awak keje,so awak kene ikut arahan"dan bila aku katakan aku takut xsempat nak amik tarikh lain tuk kursus dan dia boleh jawab "sempat la"peeeeee..sakit betul hati aku..dia tahu ke bila aku plan..yang dia nak memandai cakap sempat tu..Jawapan yang sebetulnya xsempat dan segalanya kene plan balik..tapi xpe la..mungkin ni dugaan..

Friday, April 09, 2010

hari ni...

Tak tahu la kenapa aku mudah sangat terasa dua tiga hari ni..hari ni..xpasal-pasal aku merajuk ngan ma aku..sebenarnye xde ape pun..aku lapar sangat kat tempat keje..nak g beli food ramai orang..so aku tahan je..balik umah ingatkan ma dah masak..rupa-rupanya xsiap masak lagi..dok melayan adik dia..mentang-mentang la adik dia balik..langsung dia xpedulikan aku..geram la..suruh aku buatkan air la tuk adik dia..macam-macam la..aku yang dah kebulur ni pun dia xkisah..sampai ati tol la..
Sebab ma xmasak pape tuk aku tapi suh aku layan adik dia..aku pun majuk..terus masuk bilik..tido...kul 2 bangun terus siap g keje..malas makan..walaupun lapar sangat..xnak makan..so terpaksa la aku beli roti kat seven-e..seharian aku xmakan tau..

Tuesday, April 06, 2010

hari ni


Tetiba je hari ni aku terasa nak belek2 bende yang ada atas meja..tiba2 terbaca notes yang aku tinggalkan tuk dia..nak marah pun ada bila tengok notes tu..tah la..aku pun xfaham..apa nye sikap cam tu..Pas kejadian hari tu..memangn aku lansung xbercakap ngan dia..tapi atas nasihat ma ayah aku..aku cakap gak ngan dia tapi hanya apa yang penting tapi dia layan aku cam aku cakap ngan tunggul kayu..
so..aku malas nak panjangkan cerita..kalau aku nak dia buat pape ke ape ke aku tulis kat kertas..hari sabtu lepas aku tulis kat kertas tu dan ari ni aku tengok apa yang dia tulis balik..dia cakap aku xde mulut ke nak cakap??hmmm..aku rasa dari aku cakap ngan tunggul bernyawa..baik aku tulis bende tu..tak menyakitkan hati..
Satu bende yang aku sikit tak puas ati..dia cakap aku mengarah dia..aku tak de niat nak mengarah tapi masalahnya bila aku tak suruh..tak pernah dia nak ringan tangan buat sendiri semua bende tu..

Tuesday, March 23, 2010

tq...

Beberapa hari yang lepas aku betol2 tension ngan masalah keje..asal ingat je mesti nak nangis..tapi pas aku cuti..dan hari ni aku kembali bekerja balik ngan rasa yang hepi..segalanya aku ucapkan terima kasih padanya kerana membuat aku hepi..
Terima kasih kerana berada di sisi aku di saat aku betol2 sedih..tension dan sori la sebab dia pun sama cam ma ayah aku yang terkene tempias kemarahan aku..Aku hepi sangat dua hari ni..cutiku betol2 bermakna..dari pagi sampai la mala baru nak balik umah..Tapi malam ni dia dah nak balik dah..tapi minggu depan datang lagi tuk berBBQ ngan kitorang semua...

Saturday, March 20, 2010

tak adil

Aku tak sangka semua ni jadi...sangat menyakitkan hati aku..tanpa mendengar penjelasan dari aku..aku terus dikatakan bersalah..adil ke semua ni?ini ke dikatakan bos yang baik?yang mendengar hanya dari satu pihak sahaja?
Emm..aku sedar kelemahan aku..aku tak pandai nak ambik ati orang..tak pandai nak bodek orang..hanya yang aku tahu berterus terang tapi aku tetap dipersalahkan..betapa sakitnya hati aku hanya Tuhan yang tahu..hampir aku menangis bila mempertahankan diri ni tapi tetap aku yang dipersalahkan..Kenapa la aku diduga cam ni sekali..
Andai kata aku dibuang sekali pun..aku redha..aku terima semuanya..Mungkin ada hikmahnya semua ni..

Wednesday, March 17, 2010

Bawa malang???

Tetiba je pagi ni teringat kembali kisah dulu..dulu pernah ada sorang member nasihatkan kawan aku supaya jangan bersama ngan aku sebab dia kata aku ni akan bawa nasib malang kepada sapa yang dekat ngan aku..betol ke cam tu?sedih sangat bila dengar orang cakap cam tu tapi bila di fikirkan balik cam ada logiknya gak..
Bila aku pikir-pikir..kehidupan seseorang tu akan jadi lebih baik bila aku tak bersama dia dan bila aku rapat je ngan seseorang..orang tu tiba-tiba akan ada masalah..adakah tu semua satu kebetulan atau memang betol aku akan bawa malang?
Kalau betol memang aku cam tu..aku lagi rela xrapat ngan sapa-sapa dari aku bawa masalah dalam hidup orang..Aku sebenarnya tak percaya semua ni tapi kalau ada yang cakap cam tu..dah tentu kita akan terfikir juga..

Tuesday, March 16, 2010

Kita Insan Biasa


Terkilan...

Aku rasa amat terkilan..terkilan ngan sorang kawan baik aku..aku kawan ngan dia dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5..pas tu g matrik pun sama-sama..siap dok bilik depan-depan lagi..pas tu kebetulan plak masuk U yang sama..cuma kos yang berbeza..
14 mac lepas dia kawin..kawin ngan kawan aku juga tapi dua-dua pun xjemput aku..kawan-kawan yang lain sume terkejut sebab aku tak dapat jemputan sedangkan sume orang tahu aku rapat ngan dia..tah la..tak tahu la..nak kata tak kenal rumah aku..kenal sangat..nak kata xde nombor aku..mayb tapi senang je dia leh dapatkan nombor aku..
Tak pe la..walaupun dia tak jemput aku..aku doakan yang terbaik tuk NURUL HAFIZA & BADRUL HISYAM..semoga perkawinan yang dibina kekal sampai ke akhir hayat..

Friday, March 12, 2010

Lebih baik Diam Dari Berbicara

Hari ni aku rasakan aku seakan bisu je..aku malas nak cakap banyak..aku fikir lebih baik aku diam je dari aku jadi orang yang hipokrit..kat depan aku senyum tapi bila kat belakang aku mengata plak..aku tahu xelok mengata orang dan aku bukannya sempurna tuk mengata orang lain..tapi hati aku sakit sangat..geram sangat sampai aku memang dah tak mampu nak pandang muka dia lagi..
Aku memang cam ni..bila dah tak suka seseorang..memang aku tak kan cakap ngan dia..kalau yang aku mengata depan-depan tu sebenarnye aku bukan tak suka tapi tak puas ati je..sebenarnya aku tak selesa keje dalam keadaan cam ni..tapi aku tak tahu nak buat cam mana..tak tahu cam ne lagi dia nak aku layan dia baru dia akan hormat aku sket..aku bukan nak belagak or nak dia ikut apa yang aku cakap cuma aku harap dia boleh give n take ngan aku..ni tak..asyik aku je give..n dia asyik take je..tak adil la kalau cam ni..

Thursday, March 11, 2010

Hati yang Kau Sakiti



Jangan pernah katakan bahwa

Cintamu hanyalah untukku
Karna kini kau telah membaginya

(*)
Maafkan jika memang kini
Harus kutinggalkan dirimu
Karna hatiku selalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa..

(Korus)
Ku menangis membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya.. hooo…

(Korus II)
Ku menangis melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah kau sakiti

huuuu……

(Ulang *)
(Ulang Korus)
(Ulang Korus II)

Ku menangis.. hooo.. wooo…
Harus slalu kau tahu
Aku lah hati yang telah kau sakiti

myMetro | Nik Aziz tidak setuju pernikahan bawah umur

myMetro | Nik Aziz tidak setuju pernikahan bawah umur

Wednesday, March 10, 2010

malas + ngantuk = nak tido

Makin lama aku keje..makin tak larat rasanya..rasa cam dah jadi cam robot je..setiap hari lakukan rutin yang sama..sekarang ni aku keje dari kul 9 pagi sampai la 11 malam..Dah sampai rumah balik borak-borak plak..dalam kul 1 lebih baru tido..kul 7 dah bangun..penat gile kalau hari-hari cam ni..dah tak larat aku nak keje malam..
Hari ni mata dah bengkak..lingkaran gelap bawah mata pun dah nampak..tu baru bab diri aku..kalau sentuh bab bilik aku..emmm..tak yah cakap la..agaknye kalau ada gajah mati pun aku tak perasan..punye la bersepah..alasan yang aku bagi kat ma aku..aku tak punya masa nak kemas..bia la..nanti la..alasan si pemalas..hhahahaha
Apa yang aku cita ni dah kuar dari topik ni tapi tak pe la..aku cuma nak hilangkan bosan + ngantuk ni..lagi 10 minit aku nak balik..nak g cari food sket..nak makan..lapau sangat ni...

Sunday, March 07, 2010

betol ke xberkat??

Semalam lagi sekali nasib malang aku dapat..Aku langgar kete orang..aku betol2 xsengaja..ma ayah aku membebel kat aku..dorang kata.."tu la..orag suh baca doa sebelom bawa kete xnak"banyak yang dorang bebelkan ini antara yang menusuk kedalam kalbu la..sebab memang aku xbaca pun..Baca bismillah pun jarang2 je..
Tapi satu lagi yang aku terfikir..mungkinkah duit aku dapat ni tak berkat..sebab tu asyik melayang je duit aku..aku rasa aku xde pun seleweng duit kat tempat keje aku..xde tipu duit budak2 yang datang..aku keje pun ngan ikhlas tapi xtahu la kalau memang betol xberkat..
Ni kali ketiga aku langgar bende..1st tme aku langgar tiang rumah aku..2nd aku langgar motor..sekarang ni aku langgar kete plak..nanti tah apa la plak aku nak langgar..Harap2 ni kali terakhir aku langgar pape dan aku juga harap aku takkan dilanggar juga..

Thursday, March 04, 2010

hari ni..

Aku ingatkan banyak bende aku nak buat tuk hari ni..dari semalam aku plan kan semuanya tapi bila datang keje pagi tadi...pagi-pagi lagi ada orang wat hal plak..saje je nak rosakkan mood aku yang sedia baik ni..geram sungguh..tapi aku sabar je..malas nak gaduh..biarlah dia..
Kalau cite banyak-banyak tentang dia..makin sakit hati plak..so aku lupakan kisah dia..pada petangnya aku planning nak gi wat promosi kat tempat menjahit tapi tiba-tiba kedai tu tutup plak..kacau betol la..so aku balik ke pejabat semula..Rasa nak je kuar..malas nak mengadap muka budak ni..huuh..tensionnnnnnnnnnnnnnnn...

Amy mastura


Hari ni tiba-tiba aku teringatkan penyanyi yang aku minat sangat satu masa dulu..Amy Mastura..suka sangat aku tengok dia..dengar lagu dia..Kaset-kaset dia pun aku beli walaupun masa tu aku masih sekolah..Aku kongsikan sikit dia punye biodata..

Amy Mastura binti Suhaimi (nama komersial: Amy Mastura; lahir pada 10 Mei 1971 di Hospital Batu Gajah, Perak, Malaysia) merupakan seorang penyanyi Malaysia. Beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Mazuin binti Hamzah sebagai sepupu.

Kerjaya pertamanya ialah sebagai pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) pada 1989 - 1994. Amy Mastura memulakan kemunculannya dalam seni nyanyian apabila memenangi pertandingan Asia Bagus 1993 di Jepun. Menjadi artis rakaman PonyCanyon 1993-1997. Amy Mastura kemudiannya mewakili negara dalam Asian Pop Queen Festival 1994, juga di Jepun. Amy Mastura kemudian memenangi gelaran Artis Wanita Paling Popular Malaysia pada tahun 1996. Pada tahun 2000, Amy Mastura memenangi kategori Pop-Rock dalam Anugerah Juara Lagu 2000 bagi lagu "Bintang Hati".

Album sulungnya menyusul pada 1994. Kemudian, menyertai Sony BGM Music Entertainment Sdn Bhd sehingga kini yang mana ia telah menerbitkan album Bintang Hati, Akan Datang, Puteri Impian 2 (runut bunyi) ke atas Amy Mastura. Beliau mendirikan rumah tangga pada 1 Julai2000 bersama Alvin Tham Suffian dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adriana pada 20 April 2001 dan Adalia.


Tuesday, March 02, 2010

aku nak kawin???

Semalam..bertubi-tubi aku diajukan soalan mengenai kawin..sume orang fikir aku dah nak kawin..belum tiba masanya lagi..jawabku bila orang bertanyakan soalan tu..Al kisahnye begini..tuk dijadikan cerita..sorang member baik aku yang sekelas ngan aku dari tadika sampai la tingkatan 3 nak kawin..dia pun datang la invite aku ke majlis dia..dan aku pun terasa nak menghulurkan bantuan..aku katakan padanya..aku leh tolong jemputkan kawan-kawan kita yang aku rapat..pas tu dia pun bagi la beberapa keping kad jemputan kawin dia tuk aku sampaikan pada kawan-kawanku..
Bila aku sampai je kat rumah kawan-kawan aku ni..mak kawan-kawan aku yang dah jadi kaki sibuk..mengalahkan wartawan semuanya..semua pakat tanya..nak kawin ngan sape..tu la..ni la..bila aku katakan bukan aku yang nak kawin tapi tolong jemputkan bagi pihak kawan..dorang tanye plak bila turn aku..tu la ..ni la yang di tanye..mentang-mentang la anak dorang sume dah kawin..banyak songeh plak mak kawan-kawan aku ni..aku baru 25 tahun...masih muda lagi..tunggu la lagi 3 ke 4 tahun..baru aku fikirkan pasal kawin ni..biarlah kawan-kawan dapat anak 3 4 orang dulu..pas tu baru aku menyusul..hihii

Wednesday, February 24, 2010

emmm..

Hari ni aku bosan sangat..dah la xsihat sangat tapi kene datang keje..jadi ari ni aku relaxkan diri aku dengan mencuba kuiz-kuiz kat facebook..n ni salah satu result tuk kuiz yang aku cuba..n kat bawah ni result sorang member yang aku tolong buatkan tuk dia..


Saturday, February 13, 2010

sungguh tak ku duga..

Aku langsung tak menduga yang hidupku akan jadi begini..akan kembali gembira dan bersinar kembali..aku ingatkan segala keceriaan dah berlalu pergi dalam hidupku dan tak kan kembali selamanya..rupanya segala andaianku silap belaka...
Dia datang kembali dalam hidupku membawa sinar harapan padaku yang selama ini aku harapkan..yang selama ini aku impikan..dia betul-betul dah berubah..langsung tak seperti dulu lagi..aku seperti tak percaya segalanya berubah..aku harap perubahan ni akan kekal selamanya..

Thursday, February 04, 2010

bila la...bila masanya nak tiba...

Aku tak sabar menunggu saatnye untuk aku bertukar kerja..aku harap ianya akan menggubah segalanya..dan aku berharap ianya akan menjadi kenyataan dan kenyataan ini akan mengembirakan aku...dan sekali gus merubah kehidupanku..dan segala impianku juga akan menjadi kenyataan ..bak lagu black..pemenang mentor tu..'aku sayang..aku rindu kamu'.....tq sayang...tuk segalanya..semoga semuanya berjalan mengikut apa yang dirancang..

Wednesday, February 03, 2010

kenapa..mengapa...

Terus terang aku katakan yang aku memang tak puas hati ngan hidup ini..mengapa hidup aku begini..kenapa semua yang berada di sekeliling aku terlalu suka mengongkong aku..kenapa mereka masih menganggap aku ini budak kecik yang tak tahu pape..yang tak pandai berdikari..sampai bila aku akan pandai menguruskan hidupku sendiri kalau aku tak diberi peluang..
Kini ada plak yang menyerabutkan hidupku lagi..pada mulanya aku ingat nak bagi dia peluang tapi dia dah mula mengongkong aku..segalanya dia nak control..sampaikan biodata kawan-kawan aku pun dia cari..tu dah dipanggil menceroboh hak asasi individu..Sekarang ni dia dah mengubah kembali persepsi aku terhadap dia..aku terasa tak nak bagi dia peluang lagi..cukuplah..cukuplah...

Thursday, January 28, 2010

selamat hari lahir...

Entah bagaimana harusku gambarkan perasaanku...selamat hari lahir dan nyanyian lagu selamat ulang tahun di hadiahkan kepadaku genap 12 tengah malam..terharu rasanya..dan ucapan dari beberapa kawan-kawan yang mengingati aku..terima kasih aku ucapkan..
Antara kawan yang mengingati hari istimewaku...ejan, fami dan amel...kepada ma, ayah, g, ami dan dia..aku ucapkan terima kasih lagi sekali kerana wish aku hepi besday...seorang yang sangat istimewa juga wish me hepi besday tapi aku tak sanggup untuk mendengar suaranya..kerana aku tak dapat bersamanya..thanks sayang..thanks semua..

Wednesday, January 27, 2010

suatu masa dulu...


Antara kenangan aku dan dia yang masih diabadikan dalam ingatanku....gambar ni semasa aku di genting..first time ke genting...dan pas tu menjadi tempat aku selalu lepak...

esok...28 januari 2010

28 Januari 2010..genaplah aku 25 tahun..esok aku keje cam biasa tapi yang tu tak kisah sangat la..yang aku fikirkan...adakah tahun ni aku akan menyambutnya ngan rasa yang hepi atau pun sama seperti tahun-tahun yang lepas..dah tiga tahun aku menyambutnya tanpa sedikit pun rasa gembira..
Aku berharap sangat..yang aku akan hepi di hari lahirku esok..walaupun kegembiraanku hanya untuk sehari..itu aku dah bersyukur sangat..aku harap aku akan mulakan hari esokku dengan senyuman..('v')...

Tuesday, January 26, 2010

1001 masalah...

Aku tak tahu kenapa semua ni leh menyerabutkan otak aku..selalunya benda cam ni aku tak kan amik kisah sangat..banyak sangat tekanan yang aku dapat..rasa nak berhenti keje pun ada..nak pergi jauh..pergi ke tempat yang tiada siapa akan mengenali aku..dan di situ akan aku mulakan hidup baruku..
Aku tahu punca masalahnya..tapi aku tak tahu macam mana nak mengelak dari punca masalah...dan aku juga tahu kenapa aku tak boleh mengelak dari punca masalah tu..dan memang aku tahu aku tak kan mungkin dapat mengelak dari dia tuk selamanya...kerna ada sesuatu antara kami..
Tapi walaupun sukar..walaupun aku tahu aku tak kan mungkin melupakannya..akan aku cuba lakukannya untuk seseorang yang dah banyak berkorban untuk aku..semoga aku akan punya kekuatan tuk segala yang akan aku lakukan.

Tuesday, January 19, 2010

kisah 'milo dalam tin'

Pagi ni tiba-tiba je aku teringatkan kembali kisah milo dalam tin..bila diingatkan..klaka juga..Masa tempat keje hari tu aku bagi la cadangan kat kawan aku tuk bagi hadiah hari lahir pada semua ahli tempat aku..pas tu tengah-tengah aku bincang ngan dia..
Masa tengah bincang tu..aku tanye la dia..dalam harga bape ringgit bajet tuk sorang..pas tu aku pun bagi la cadangan..aku kata " kalau below than ten ok x?"..pas tu dia jawab la.."la..kalau bagi milo..mesti habis cam tu je pas tu.."aku pun tak tau nak cakap apa..bila aku citakan kisah ni kat ma aku..dia pun cakap..mungkin dia dengar milo dalam tin..sebab tu respon dia cam tu..bila ingatkan balik..aku senyum sendiri plak..

Wednesday, January 13, 2010

hari yang bz giler...

13 jan 2010....hari yang betol-betol bizi..penat gile rasanya..tengahari pun xsempat nak makan..nanti malam pun kene datang keje..esok nak kene melayan penyelia kesayangan yang datang menjenguk plak..adusssshhh..kalau ari-ari cam ni..boleh jadi kurus aku..tak payah diet or amik ubat pape pun aku gerenti kurusnye...
Tak sangka plak aku yang kelas komputer percuma ni menarik minat ramai orang..petang ni je yang datang tuk kelas kesedaran aku..dalam 11 orang..mulanya ingat nak bagi buah tangan kat dorang tapi semuanya jadi kelam kabut sebab ramai yang ada kat PJK time tu..pc kat luar penuh..kat dalam kelas pun ada yang guna..so terpaksalah dorang berdiri je sambil dengar aku cakap...
Dah la ramai orang nak tanya pasal kelas..pas tu datang plak sorang pakcik nak suruh menaip..pas tu ada jugak yang nak print la..nak fotostat la dalam masa yang sama..tak masuk orang yang nak bayar..aduhhh..nasib baik la aku ni bukan jenis yang gelabah sangat..so kira ok la tuk aku menghadapi semua tu..harap-harap program esok akan berjalan lancar..

Monday, January 11, 2010

cincin...

Hari ni iba-tiba aku teringatkan kisah cincin...dulu ada kawan-kawan yang bercerita ngan aku pasal pasangan dan cincin..kata dorang...kalau cincin di jari kelingking yang dipakai oleh pasangan kita tu muat bila disarungkan ke jari manis kita..tandanya kita memang akan ada jodoh ngan dia..atau ngan kata lain..kita akan bersama dia sepanjang hayat kita la..
Pas tu..pernah gak aku cuba semua tu..dan memang muat2 je cincin tu kat jariku..hepi giler masa tu aku rasakan tapi...hubungan aku dan dia tak ke mana juga..cuma sekarang ni dia datang dan nak jadikan segala impianku kenyataan..Andai memang ada jodoh antara aku dan dia..insyaAllah tahun ni..kami akan.....semoga apa yang dirancang mendapat restu semua..

Saturday, January 09, 2010

mengajar...

Semalam..7hb januari 2010...aku mengajar lagi...Dah lama aku tak melakukan aktiviti tu..di sebabkan aku dah punya pengalaman..aku rasa cam biasa je bila ajar adik tu..walaupun aku sendiri tak berapa pasti apa yang aku ajar..tapi aku dah buat apa yang aku terdaya..Harap-harap budak yang aku ajar tu faham la apa yang aku nak sampaikan..sori la dik kalau apa yang aku ajar adik tak faham..Minggu depan aku akan stat mengajar semula..Tapi aku langsung tak prepare pape lagi ni..tengok la dua tiga ari lagi aku buat la apa yang patut..

Thursday, January 07, 2010

Menunggu buah yang tak gugur....

Satu masa dulu...inilah yang selalu bermain difikiranku..aku selalu merasakan hubungan aku dan dia tak kan mungkin ada kesudahan yang baik..pendek kata aku seperti menunggu buah yang tak kan mungkin gugur..
Dan kini akhirnya buah yang aku tunggu selama dah gugur di saat aku dah menjauhi pokok itu..dan buah tu semakin menuju dan semakin hampir kepadaku..kenapa kepadaku kau bergolek buah?...kau bukan milikku dan aku juga bukan tuanmu buah..
Kini aku seakan-akan ingin mengambil buah yang gugur itu ke dalam hidupku..patutkah aku mengambilnya atau pun aku harus membiarkan buah itu bersendirian di situ??

Wednesday, January 06, 2010

belajar..belajar




Emmm..ari ni aku rasa seronok je..walaupun ari ni aku keje sorang-sorang je..tak de pun aku rasa bosan sangat..semalam member keje aku ajarkan aku cara nak edit gambar..so ari aku nak testing bende yang dia ajar tu..walaupun bende ni dah lama tapi aku baru je pandai..soo excited la sikit..so sekarng aku nak testing edit beberapa gambar..dan akan ku letakkan juga gambar yang aku editkan tu kat sini..

Tuesday, January 05, 2010

tiba-tiba....


Malam ni tiba-tiba je aku teringat shamil..tah kenapa..mungkin sebab tadi asyik dok tengok gambar lama..tu yang teringatkan dia tiba-tiba...Agaknya dia rindu aku gak ke??hehe..tapi soalnya sekarang..dia faham ke rindu tu amende...alangkah besnya kalau dia pun rindu aku gak..i miss u la sayang..

Hari yang sama setiap hari...

Setiap hari aku rasakan sama je dalam hidupku..langsung tak ada yang berbeza..Setiap hari aku akan lakukan rutin yang sama..jarang sekali ada yang berlainan dalam rutin harianku..Tah bila agaknya hidup aku akan punya rutin yang berbeza..bosan gile hidup cam ni..
Hari-hari bangun g keje...balik keje..dok rumah..makan-makan..tengok tv..tido...tu je yang aku mampu buat..ahhh betul-betul membosankan..tapi apa yang aku berpuas hati ngan hidup aku sekarang...keadaan hidup aku jauh lagi baik kalau nak dibandingkan dengan dulu...walaupun hakikatnya aku lebih hepi dulu dari sekarang..
Sekarang aku ada segalanya tapi aku tak hepi pun..tak cam dulu..dulu aku langsung tak ada pape tapi aku hepi sangat..pape pun aku doakan yang terbaik untuk diriku sendiri..

Saturday, January 02, 2010

2010...

Tahun 2010...kenapa aku rasakan 2010 langsung tak ada beza dengan tahun yang lain..aku langsung tak merasakan yang aku berada di tahun yang baru..aku hanya merasakan hariku berjalan seperti biasa..Tapi dalam tak sedar juga..umurku dah bertambah lagi satu tahun..dah semakin tua aku..
Aku sebenarnya langsung tak ada plan pape tuk tahun seperti yang lain..pendek kata aku tak pasti apa yang aku nak capai tuk tahun ni..selalunya aku mesti ada rancang sesuatu tuk masa depan aku tapi aku pun tak tahu kenapa aku langsung tak ada rancangan..
Mungkin sebenarnya aku ada rancangan tapi aku pasti apa yang aku rancangkan tu takkan mungkin aku dapat capai...itu yang malas rasanya nak merancang pape..tapi bila kita hidup tanpa rancangan or plan...hidup kita mesti takkan terurus..Tapi harap-harap hidup aku akan terurus walaupun tanpa plan pape tuk hidup aku tahun ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails