Wednesday, August 15, 2012

kerana kamu...

hmm...inilah yang selalu aku lakukan..mengeluh je..mengeluh bukan sebab menyalahkan takdir tapi tak tahu kenapa..selalu aku terfikir..rasanya dah terlalu banyak yang aku korbankan untuk dia..tapi rasanya seakan tak berbaloi..banyak bende yang aku tinggalkan hanya untuk dia tapi dia seakan tak menghargainya..
Pernah aku suarakan apa yang terbuku tapi bermacam alasan yang aku terima..akhirnya aku hanya mampu pasrah..cuba menerima apa yang berlaku sebagai pengajaran dalam hidupku..walaupun aku tak ingin ianya berlaku tapi ia telah berlaku dan aku tak mampu untuk mengubah apa-apa walaupun sedikit..
Kekadang aku harapkan ini semua hanya mimpi..dan aku akan tersedar dari mimpi ini dan aku akan jalani hidupku seperti dulu tapi aku sedar yang semua ni adalah kenyataan yang harus aku hadapi walaupun ia pahit..semoga Allah kuatkan aku tuk menjalani hari-hari mendatang..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails