Thursday, August 19, 2010

Malam tadi yang amat........

Amat pilu hati ini malam tadi..aku langsung tak menjawab atau mengiyakan walau sepatah..aku hanya mendiamkan diri..kerana terlalu terkejut..tidak pernah ku sangka semua tu akan keluar dari mulut mereka..

Sebelum ini mereka hanya menghasut aku..kini mereka bukan sahaja menghasut, malah mengajar aku supaya meruntuhkan masjid yang baru aku bina..kata mereka..mereka akan menolong aku selepas semuanya selesai..

Sampai hati mereka..tak tahu kepada siapa nak ku minta pandangan..tak tahu kepada siapa ingin ku cerita..tak tahu bagaimana jalan harusku ambil..perlukah aku meninggalkan segalanya dan pergi membawa diri..jauh dari semua..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails