Thursday, March 04, 2010

Amy mastura


Hari ni tiba-tiba aku teringatkan penyanyi yang aku minat sangat satu masa dulu..Amy Mastura..suka sangat aku tengok dia..dengar lagu dia..Kaset-kaset dia pun aku beli walaupun masa tu aku masih sekolah..Aku kongsikan sikit dia punye biodata..

Amy Mastura binti Suhaimi (nama komersial: Amy Mastura; lahir pada 10 Mei 1971 di Hospital Batu Gajah, Perak, Malaysia) merupakan seorang penyanyi Malaysia. Beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Mazuin binti Hamzah sebagai sepupu.

Kerjaya pertamanya ialah sebagai pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) pada 1989 - 1994. Amy Mastura memulakan kemunculannya dalam seni nyanyian apabila memenangi pertandingan Asia Bagus 1993 di Jepun. Menjadi artis rakaman PonyCanyon 1993-1997. Amy Mastura kemudiannya mewakili negara dalam Asian Pop Queen Festival 1994, juga di Jepun. Amy Mastura kemudian memenangi gelaran Artis Wanita Paling Popular Malaysia pada tahun 1996. Pada tahun 2000, Amy Mastura memenangi kategori Pop-Rock dalam Anugerah Juara Lagu 2000 bagi lagu "Bintang Hati".

Album sulungnya menyusul pada 1994. Kemudian, menyertai Sony BGM Music Entertainment Sdn Bhd sehingga kini yang mana ia telah menerbitkan album Bintang Hati, Akan Datang, Puteri Impian 2 (runut bunyi) ke atas Amy Mastura. Beliau mendirikan rumah tangga pada 1 Julai2000 bersama Alvin Tham Suffian dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adriana pada 20 April 2001 dan Adalia.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails