Wednesday, July 28, 2010

dia hepi = aku derita

Emmm..semuanya terjadi hanya kerana aku nak dia hepi..walaupun aku tahu kesannya pada aku..dan dia juga tahu..Kisahnya...semalam dia amik aku dari keje..singgah makan kat KFC tesco..pas tu g fun fair belakang tesco...seronok aku tengok dia..aku tahu dia suka bende2 cam tu..tapi masalahnya aku ni..aku naik kete pun leh mabuk..muntah2..naik bas pun sama..keretapi ngan flight pun mabuk gak..ni kan plak main bende2 cam tu..

Sebab nak dia hepi..kitorang naik la satu bende tu yang aku tak tahu apa namanya tapi bende tu memang betol2 la..tah berapa kali bende tu wat putaran 360 darjah..apa lagi..perut aku yang belum betol2 hadam KFC tu mula menghadamnya..telah bersedia tuk keluarkannya..bila stop je bende tu..terus letupan gunung berapi pertama berlaku tapi sempat aku tutup mulut aku..aku cepat2 turun..muka aku dah basah bermandikan peluh..Aku suruh dia teruskan disebabkan banyak lagi token yang kitorang dah beli..

Masa tengah tunggu dia..aku pun berlari keluar..ke tempat yang tak ada orang..terus keluar semuanya..aku pun terus longlai..terduduk kat tepi jalan..terasa nak je aku baring kat jalan tu..Lepas abis je game ketiga..dia mencari2 aku..bila dia tengok keadaan aku yang betol2 lemah tu..terus dia ajak aku balik..walaupun ade banyak lagi token belum dihabiskan..Bila kereta gerak je sket..lagi sekali aku keluarkan semua..kali ni memang betul2 semua..sampai sakit perut aku..sampai je rumah apa lagi..terus baring..dah tak tahan lagi..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails