Tuesday, December 08, 2009

alhamdulillah...

Alhamdulillah ku panjatkan padaNya pabila aku tahu kejadian yang berlaku di KB mall beberapa hari lepas..Aku yang ketika itu juga berada di KB Mall dan juga sempat melihat kereta tersebut ditolak oleh seorang lelaki dan seorang perempuan..
Pabila aku selesai membeli belah bersama kawan-kawanku..kami berpecah kerana aku meletakkan keretaku dibahagian atas dan mereka meletakkan kereta di bahagian bawah..Sebenarnya aku ingin menggunakan eskulator untuk naik keatas kerana aku takut menaiki lif..tapi memandangkan kawanku ingin menaiki lif..jadi aku ikut je mereka..dan kerana itulah aku panjatkan berjuta kesyukuran kepadaNya...
Andai aku menaiki eskulator pada waktu itu..ada kemungkinan bahawa mangsa di Kb Mall pada hari kejadian adalah aku...Syukur Alhamdulillah sekali lagi aku ucapkan..Betapa berdebar hatiku pabila kawanku menelefonku dan bertanya keselamatan aku..Terima kasih juga kepada kawanku kerana mengambil berat tentangku..
Kepada keluarga mangsa kejadian aku ucapkan takziah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails