Wednesday, December 30, 2009

30 dec 2001

Pada tarikh hari ini di tahun 2001 iaitu lapan tahun yang lalu..satu kejadian yang langsung aku tak duga berlaku dalam keluargaku..begitu hebat rasanya apa yang menimpa keluarga kami..Tak pernah kami minta semuanya terjadi sehinggakan atukku berkata "kenapa la aku yang dah lama hidup masih lagi hidup dan dia yang masih muda..meninggalkan kita semua"..semuanya bersedih kerana dia lah yang pertama dalam keluargaku yang meninggalkan kami..
Tak pernah ku duga..kemalangan yang tak seteruk mana itu telah meragut nyawa satu-satunya abangku..Kejadian itu masih segar dalam ingatanku walaupun telah 8 tahun berlalu..Abangku keluar bersama sepupuku selepas menonton berita di tv 3..lebih kurang sejam dia keluar dan tiba-tiba datang kawan-kawan abangku yang mengatakan abangku kemalangan dan dah dibawa ke hospital..
Apabila kami sekeluarga ke hospital..aku melihat abangku terbaring di katil dengan bantuan oksigen..begitu sengsara melihatnya dalam keadaan begitu..selepas pemeriksaan doktor..keluargaku mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan yang mengambil masa selama 4jam yang berlangsung dari jam 2.15pagi hingga 6.15 pagi..dengan tabah kami sekeluarga menunggu di depan bilik pembedahan.
Setelah segalanya selesai..abang dibawa ke wad ICU untuk rawatan seterusnya..Abang hanya menggerakkan tangan sahaja..dia langsung tak memberikan respon yang lain..setelah berbincang..pihak doktor memutuskan untuk melakukan sekali lagi pembedahan untuk membuang tempurung kepada kedua..tapi sebelum pembedahan dilakukan..abang haruslah di x-ray terlebih dahulu..pabila mendapat keputusan x-ray..doktor mendapati otak abang dah tak lagi berfungsi..dengan kata lain otak abang dah mati..pembedahan yang dirancang telah dibatalkan...
Doktor memberitahu jangkaan yang akan berlaku pada abang..kalau abang sedarkan diri sekali pun..abang mungkin akan lumpuh dan kalau abang boleh bejalan..abang mungkin tidak lagi normal..jadi ibuku membuat keputusan yang terlalu berat untuk dilakukan oleh seirang ibu..ibu meminta doktor hanya memberikan abang bantuan oksigen sahaja tanpa memberikan bantuan mesin lagi..selepas 3 jam bantuan mesin diberhentikan..Pada jam 5.22 petang, abang menghembuskan nafasnya yang terakhir di wad Delima di HUSM..
Selepas itu..abang segera diuruskan untuk dikebumikan..dan pada jam 10 lebih..abang dikebumikan di tanah perkuburan dekat rumahku...itu lah kali terakhir aku melihat abangku..Aku berdoa abangku akan dirahmati disana..Al-Fatihah ku sedekahkan untukmu abang tersayang..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails